MOSCOW 2 Okt. - Sebuah mahkamah di sini semalam mengharamkan filem anti-Islam yang dihasilkan di Amerika Syarikat (AS) yang mencetuskan demonstrasi besar-besaran di dunia Islam.
Hakim Mahkamah Daerah Tverskoi di sini bersetuju dengan hujah pihak pendakwaan bahawa filem bajet rendah, `Innocence of Muslims mempromosikan sikap tidak toleransi agama di Rusia.
Usul pihak pendakwaan adalah munasabah, kata jurucakap mahkamah namun aktivis liberal menggesa kerajaan supaya melindungi hak kebebasan bersuara dan menentang pengharaman tersebut. - AFP (Utusan online-Luar Negara).Posted by abnmulya at 12.58 Noon on Oktober 02,2012.
No comments:
Post a Comment