Oleh Md Izwan
October 06, 2012
KUALA LUMPUR, 6 Okt — Pemimpin Barisan Nasional (BN) mendakwa tindakan menyamakan perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak dengan PM Britain Gordon Brown adalah tidak masuk akal memandangkan situasi politik Malaysia adalah berbeza dengan negara tersebut.
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor |
“Ia satu tindakan yang salah dan tidak masuk akal jika membuat perbandingan antara Malaysia dengan Britain,” kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (foto fail), apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.
“Kerana situasi politik dan pilihan raya negara dengan mereka sama sekali tidak sama. “Bagaimana mahu menyamakan Najib dengan Brown?”
Pandangan Tengku Adnan disokong Naib Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan, yang berkata corak pemerintahan dan politik Malaysia tidak sama dengan Britain kerana sejak merdeka negara hanya diperintah oleh BN dan tidak pernah bertukar tampuk kuasa banyak kali seperti di Britain.
“Di Malaysia, sejak merdeka hingga sekarang hanya BN yang menjadi kerajaan pusat,” kata Mugilan.
“Bagaimana nak bandingkan Malaysia dengan Britain yang sudah banyak kali bertukar kuasa selepas pilihan raya.” The Economist juga menyatakan pemerintahan yang dipegang oleh Najib ketika ini bukan hasil daripada mandat yang diperoleh sepenuhnya tetapi sebaliknya hasil daripada pengambilalihan kuasa daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Justeru itu ia memberikan kebimbangan kepada Najib untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13. Keadaan Najib menurut The Economist semakin terdesak hingga terpaksa membuat pelbagai rombakan ke atas polisi kerajaannya dan pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini membuktikan ia bertujuan untuk menarik pengundi muda menyokong BN dalam pilihan raya nanti.
“PM tidak mengadakan pilihan raya bukan kerana takut tetapi kerajaan komited untuk menunaikan janji terlebih dahulu kepada rakyat untuk keselesaan dan kemudahan masa depan,” kata Tengku Adnan lagi.
“Bukan seperti pembangkang yang hanya menabur janji tetapi tidak ditunaikan. Lihat apa yang terjadi di Selangor dan Pulau Pinang.”
Mugilan turut menegaskan langkah Najib untuk tidak mengadakan pilihan raya bukan kerana takut kepada pembangkang tetapi sebaliknya mengatakan pembangkang yang takut untuk berdepan dalam PRU nanti.
“Kita lihat di Selangor, tindakan kerajaan negeri yang mahu mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (Dun) berasingan dengan pusat membuktikan mereka yang takut untuk menghadapi PRU dan bukannya BN,” kata Mugilan.
“Najib sebagai PM mempunyai kekuatan sendiri. “Saya lihat masyarakat India sekarang sudah kembali memberikan sokongan kepada Najib hasil daripada polisi dan program yang memanfaatkan semua tanpa mengira perbezaan,” terang Mugilan lagi.
Tarikh PRU ke 13 itu masih lagi menjadi teka-teki, namun rata-rata parti politik yang akan bertanding telah membuat pelbagai persiapan. Di sesetengah tempat, sudah ada perang sepanduk dan bendera seolah-olah musim pilihan raya sudah tiba.
Tugas yang menanti BN pada pilihan raya kali ini dikatakan cukup berat. Selain mahu memulihkan tsunami yang melanda pada 2008, asakan demi asakan yang dilakukan oleh lawan pada kali ini memerlukan jentera pilihan rayanya benar-benar bersedia.
Ada tiga keutamaan dalam amanat Perdana Menteri menjelang PRU 13 iaitu mempertahankan Putrajaya, merampas kembali Selangor dan mendapatkan majoriti tradisi dua pertiga di parlimen yang mereka hilang pada tahun 2008.( The Malaysian Insider).Posted by abnmulya at 1.15 am onOktober 07,2012.
No comments:
Post a Comment