Saturday, October 6, 2012

Khalid diminta jangan pandang rendah desakan pembeli rumah PKNS

Datuk Seri Noh Omar
TANJONG KARANG 6 Okt. - Barisan Nasional (BN) Selangor meminta Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim jangan memandang rendah desakan pembeli rumah pangsa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) supaya perbadanan itu membantu menyelesaikan hutang mereka dengan bank.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, kerajaan Selangor sepatutnya lebih peka dalam menjaga kebajikan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah, dan bukan mengambil kesempatan atas kesusahan mereka.

"Inilah budaya yang dicipta oleh kerajaan pimpinan PKR (Parti Keadilan Rakyat)... kerajaan negeri Selangor ternyata memandang remeh isu yang dibangkitkan oleh rakyat.

"Rakyat nak tuntut kepakaran MB (Menteri Besar), dan kenapa beliau tak cari jalan bagaimana nak selesaikan hutang rakyat kepada PKNS itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mini Karnival Produk Pertanian di sini hari ini. - BERNAMA(Utusan online-Terkini).Posted by abnmulya at 12.54 am on Oktober 07,2012.

No comments: