Friday, October 5, 2012

TAIB ; NGO & KERAJAAN BOLEH BEKERJASAMA BERKHIDMAT KEPADA RAKYAT.

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud
KUCHING, 6 Okt — Kerajaan amat memerlukan sokongan dan bantuandaripada badan bukan kerajaan (NGO) untuk memberikan khidmat kepada rakyat, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata NGO sebagai badan yang bebas boleh menyusun lebih banyak langkah dan usaha sejajar dengan kehendak masyarakat di setiap peringkat.

 “Saya menyeru kepada pemimpin-pemimpin NGO agar NGO masing-masing turut bersama-sama membantu kerajaan dalam memberikan khidmat dan sumbangan kepada masyarakat,” katanya ketika berucap pada program “Walk of Love” di Pusat Rekreasi Bersepadu (IRC) di Dewan Suarah Kuching di sini hari ini.

Taib berkata peranan NGO hari ini bertambah berat dengan meningkatkan mutu kehidupan rakyat dan sebagai badan yang bebas, mereka perlu lebih berkorban masa untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Kira-kira 5,000 peserta daripada 143 NGO menyertai program tersebut anjuran Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak yang bertujuan memberi peluang kepada NGO berkenaan mempromosi aktiviti masing-masing selain untuk mengumpul dana. — Bernama(THE MALAYSIAN INSIDER).Posted by abnmulya at 1346hrs on Oktober 06,2012,

No comments: