Friday, February 22, 2013

Jangan mudah menghukum-Fathul Bari.

JOHOR BAHRU 22 Feb. - Masyarakat dinasihatkan supaya tidak mudah menghukum sesiapa sahaja yang melakukan kebaikan dalam membantu mereka yang kurang berkemampuan.
Pengerusi ( Ilmu) Ustz. Fathul Bari Mat Jaya
Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya berkata, umat Islam seharusnya menyokong segala usaha murni yang dilakukan terutamanya mereka yang sentiasa berusaha menabur bakti ke jalan Allah.

Beliau berkata, berdasarkan kepada hadis Nabi Muhammad, semua umat Islam perlu saling memberi hadiah kerana ia akan membawa kepada perasaan saling berkasih sayang sesama manusia. "Takkan kita nak samakan orang miskin sama dengan haiwan?

Islam sendiri sudah banyak bercerita tentang kepentingan berzakat serta sedekah. Selepas ini kalau ada pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mungkin kena letak hadis nabi sekali bagi orang faham.

"Jangan pandai-pandai kita nak menghukum niat seseorang kerana kita tidak boleh membaca niat hati manusia. Jangan kerana kepentingan politik kita sanggup membuat tuduhan sesuka hati kerana ia akan menimbulkan perpecahan," katanya dalam ceramah pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Dataran Kampung Melayu Majidee, di sini malam tadi. - UTUSAN(Utusan online-politik).Posted by abnmulya at 1829 hrs on February 22,2013.

No comments: