Friday, February 22, 2013
Pemimpin PAS hidup atas wang ehsan tabung derma-blog.
KUALA LUMPUR 22 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat digesa menjelaskan kedudukan para pemimpinnya yang menyara hidup hasil wang sumbangan orang ramai menerusi tabung derma jihad unit amal parti itu.
Menurut blog The Flying Kick, jika Menteri Besar Kelantan itu melabelkan mereka yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai binatang peliharaan, beliau juga perlu menjelaskan kedudukan para pemimpin terbabit sama ada layak juga diberikan gelaran sedemikian.
Apa sangatlah menerima bantuan RM1,000 dan RM250 daripada kerajaan Malaysia. Kalau RM1,000 dan RM250 dikatakan sebagai penukar status manusia menjadi binatang, bagaimana pula dengan para pemimpin Pas yang hidup atas wang ehsan para pengikut parti itu menerusi tabung derma jihad unit amal?" kata blog tersebut.
Tulisan selanjutnya boleh diikuti menerusi blog The Flying Kick di sini. (Utusan on line-politik).Posted by abnmulya at 1621 hrs on February 22,2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment