![]() |
Mufti Perak,Tan Sri Harussani Zakaria |
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, mempertahankan agama apatah lagi kalimah suci Allah adalah jihad fisabilillah yang wajib ke atas semua umat Islam tanpa mengira apa juga pendirian mahupun ideologi politik mereka.
Jelasnya, umat Islam mesti bersedia untuk berkorban apa sahaja demi agama dan juga akidah apatah lagi melibatkan Allah. Lihat bagaimana seorang hamba abdi seperti Bilal bin Rabah sanggup menempuh pelbagai penyeksaan tetapi semua itu langsung tidak menggugat keimanannya terhadap Allah SWT.
Umat Islam kena ambil iktibar daripada kisah ini. Sebab itu kita wajib melupakan soal politik dan kedudukan supaya akidah dan juga kesucian agama Islam terus diletakkan di tempat paling tinggi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Harun secara terbuka mengecam Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana memperkecilkan peranan Majlis Syura Ulama Pas yang menolak penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Sementara itu, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadut pula melahirkan rasa kesal terhadap Abdul Hadi kerana tidak tampil memperbetulkan keadaan sehingga menimbulkan kekeliruan kepada Karpal.
Malah tegas beliau, peranan ulama adalah untuk membawa umat ke jalan yang benar dan bukan sebaliknya. Isu ini sepatutnya sudah lama selesai jika Abdul Hadi secara terbuka memberitahu kepada Karpal bahawa Pas tidak setuju dengan pendirian pakatan pembangkang sebelum ini, ujarnya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya at 12.38 am on Februry 21,2013.
No comments:
Post a Comment