Monday, February 18, 2013

Program Pemantapan Gerak Kerja Oleh Gabungan Ngo-Ngo Gombak 2013. Menyediakan Nilai Tambah Pada Umno-BN Menjelang PRU Ke:13.

Sebahagian para peserta bengkel program pemantapan anjuran Gabungan Ngo-Ngo Gombak yang hadir dan sedang berada di dalam salah sebuah Dewan besar Institut Kemajuan Desa (INFRA) di Persiaran Institusi,,di Bandar Baru Bangi,Kajang,Selangor Darul Ehsan,pada petang tanggal 16 hb.Februry 2013.


Haji Abu Bakar Ninggal
February 19,2013 at 11.31 pm.


(AKTIVITI-AKTIVITI BENGKEL DI HARI PERTAMA).

Nama Gabungan Ngo-Ngo Gombak di bawah pimpinan Datuk Dr.Rahman Ismail dan merangkap mantan Ahli Parliman Umno Gombak bagi pengagal 2004 hingga 2008 boleh dikatakan memang tidak asing lagi kepada seluruh rakyat Gombak itu sendiri khasnya dan sekaligus kepada rakyat Selangor amnya.
Datuk Dr.Rahman Ismail,Presiden GNNG.

Gabungan Ngo-Ngo Gombak sejak ditubuhkan pada awal tahun 2011 hingga kini, merupakan satu-satunya Badan Gabungan Ngo-Ngo yang paling aktif melakukan program aktiviti-aktiviti mendekati rakyat akar umbi di Daerah Gombak.

Dengan cara turun ke padang dengan mengadakan berbagai-bagai program-programnya membantu rakyat terutamanya pada rakyat-rakyat yang berpendapatan rendah dengan berbagai-bagai program yang dapat meringankan sedikit beban rakyat setempat itu.

Diantaranya ialah mengadakan program aktiviti pemeriksaan kesihatan pada rakyat akar umbi dengan melakukan program pemeriksaan seperti penyakit tekanan darah tinggi, pemeriksaan jantung,pemeriksaan gigi,pemeriksaan sakit kencing manis dan berbagai-bagai lagi jenisa penyakit yang sedang di deritai oleh rakyat.

Diperiksa oleh kaki tangan jabatan kesihatan dari klinik-klinik kerajaan tempatan dan IJN yang berpengalaman secara sukarela bekerja sama dengan Gabungan Ngo-Ngo Gombak secara percuma.Kepada para pesakit yang tidak mampu turun ke dewan pemeriksaan di ground floor disebabkan tidak mampu berdiri dan berjalan?

Maka team kedoktoran dan jururawat akan memanjat pangsapuri itu hingga ke tingkat 9 untuk melakukan pemeriksaan terus ke dalam apartmen mereka itu.Pada suatu peringkat Datuk Dr.Rahman sendiri telah melakukan pemeriksaan di tingkat 9.Kemudian turun di tingkat 8,7 dan 6  terus melakukan pemeriksaan kesihatan pada penduduk-penduduk yang dimaklumkan oleh jawatankuasa pangsapuri tersebut.

Tanpa jemu dan rasa penat lelah team pemeriksaan darai Gabungan NgoNgo Gombak itu terus melakukan pemeriksaan terhadap para pesakit berbilang kaum itu secara teliti dan sekaligus lantas memberi nasihat-nasihat apa yang patut dilakukan oleh pesakit-pesakit itu berhubung dengan jenis-jensi sakit yang sedang mereka deritai.

Begitulah caranya khidmat bakti yang telah dilakukan oleh Datuk Dr.Rahman Ismail,selaku Presiden Gabungan NgoNgo Gombak dalam konteks untuk mendekati rakyat dengan tujuan dan harapan agar rakyat akar umbi itu akan kembali mendekati dan menyokong Umno-BN dalam PRU yang ke:13 yang akan tiba nanti.
Datuk Dr.Rahman Ismail,sedang melakukan pemeriksaan pada Mak Cik Tengku Zainon,di Tingkat 9, di rumah pangsapuri di Kg.Laksamana di dalam kawasan DUN Batu Caves.Mak Cik Zainon ini tidak mampu berdiri dan berjalan,Jadi Datuk Dr.Rahman Ismail terpaksa naik bilik penginapannya untuk memeberi rawatan dengan diikuti oleh Tan Seri Datin Paduka Zaleha Ismail,Penasihat Eksekutif Gabungan Ngo-Ngo Gombak.
Ada kalanya Gabungan Ngo-Ngo Gombak terpaksa pula turun ke padang ke kawasan rumah-rumah pangspuri di Kg.Laksamana,di dalam DUN Batu Caves,.Mengagih-agihkan hamper sebanyak 100 kotak yang berisi barang-barang makanan bernilai RM100-00 sekotak kepada ibu-ibu tunggal dan juga golongan fakir miskin di kawasan tersebut yang terdiri dari kaum Melayu,India dan Cina yang menjadi penghuni di sekitar pangsapuri Kg.Laksamana itu sendiri yang memang hauskan bantuan sedemikian rupa.

Selangor difahamkan punya badan-badan ngo yang telah berdaftar dengan kerajaan Sel;angor sebanyak 8,000 buah badan-badan yang bukan kerajaan.

Gabungan Ngo-Ngo Gombak ini,sejak ditubuhkan pada awal tahun 2011 hingga kini mempunyai sebanyak 150 buah badan ngo-ngao yang kecil-kecil telah bergabung di dalamnya. Jumlah ahli-ahli dari kesemua badan- badan ngo yang kecil itu di taksirkan berjumlah sebanyak 150,000 orang ahli-ahlinya.

Dari jumlah ahli-ahli Gabungan tersebut?Yang layak mengudi pada PRU ke:13 ini sebanyak 30,671 orang pengundi yang telah berdaftar selaku pengundi dan berhak mengundi pada PRU ke:13 yang akan datang ini.

Kalau jumlah ini digembeling secara bersungguh-sungguh dan teratur? Ia merupakan satu kuasa politik yang sangat kuat untuk mengalahkan parti-parti pembangkang dari parti-parti (PR) di kawasan Parliman Gombak itu sendiri.

Peluang merampas semula satu kerusi parliman dan tiga kerusi DUN di Daerah Gombak dilihat begitu cerah sekali. Jika ini berlaku? Bererti satu hadiah besaar dari kawasan Parliman Gombak kepada Perdana Menteri kita,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai balasan atas kerja keras yang telah beliau lakukan sealam ini siang dan malam.

NILAI TAMBAH UNTUK UMNO-BN
Sebahagian lagi para perwakilan dari badan-badan ngo Gombak yang telah bergabung di dalamm Gabungan Ngo-Ngo Gombak, menghantar perwakilan mereka untuk mengikuti program aktiviti-aktiviti pemantapan kerja-kerja untuk menyediakan tindakan NILAI TAMBAH pada Umno-BN menempuh PRU ke:13 yang akan tiba bila-bila masa sahaja.

Dalam konteks bahawa pilihanraya umum yang ke 13 akan tiba pada bila-bila masa sahaja dari sekarang?
Maka,dalam perjalanan menuju ke arah itu (On the road to the PRU ke:13) penulis lihat Gabungan Ngo-Ngo Gombak kini begitu sibuk mengatur program demi programnya dengan cara mengumpulkan ahli-ahli Gabungan Ngo-Ngo Gombak,sebanyak yang boleh dan kerap kali mengadakan perbincangan demi perbincangan.

Semua kerja-kerja yang dilakukan semata-mata untuk membantu Umno-BN agar akan berjaya dan sekaligus mendapatkan semula kemenangan  4-0 kerusi di Parliman Gombak dan lantas menawan semula Selangor dan mendapat undi dari para pengundi seluruh Malaysia sebanyak 2/3 kerusi dalam Parliman Malaysia.

Segala program yang sedang dan yang akan dilakukan itu? Semata-mata untuk menyediakan tenaga kerja jentera pilihnaraya berbagai-bagai aspek,dari Gabungan Ngo-Ngo Gombak sebagai bantuan yang berfungsi menyediakan NILAI TAMBAH( bukan nasi tambah) kepada Umno-BN menghadapi pilihanraya ke:13yang amat mencabar itu.

Pilihanraya umum yang ke :13 ini adalah,merupakan satu-satunya piliharya umum yang boleh dikatakan merupakan pilihanraya umum yang sering di jangka-jangkakan oleh pemerhati-pemerhati politik tempatan amat sengit sekali pertarungannya.

Ia merupakan sebagai "Ibu segala pertarungan piliharaya umum di Malaysia" sejak 55 tahun Malaysia telah merdeka.

Pertarungan yang hebat lagi panas ini ialah, di antara Umno-BN dengan pihak pembangkang(Pakatan Rakyat) iaitu dari PKR/PAS/DAP yang punya idaman yang sangat tinggi kononnya untuk mengambil alih Putrajaya dari Umno-BN pada PRU ke:13 ini.

Kemudiannya,jika mereka menang? Difahamkan mereka hendak mengenalkan konsep politik barunya yang menurut komen-komen oleh pakar politik tanah air,akan mengakibatkan alamat yang tidak begitu baik bagi seluruh rakyat Malaysia.

Jika parti-parti dari Pakatan Rakyat yang kebanyakan dari mereka itu boleh dikatakan merupakan golongan desprado politik yang bercita-cita besar yang sangat menggila.


Justeru itu,kita semua rakyat Melayu khasnya hendaklah bersedia menyekat pergerakan mereka itu sebelum mereka itu berjaya.Kita mesti tumpaskan mereka dengan cara apa sahaja,jika perlu, kita kapankan dan kita kebumikan mereka dengan apa cara sahaja dalam peperangan politik yang akan berlangsung pada PRU ke:13 ini nanti.Kita perlu bertindak cepat sebelum mereka bertindak.

Peperangan politik pada PRU ke:13 ini, adalah merupakan peperangan politik untuk menetukan survival nasib Raja-Raja Melayu, nasib bangsa Melayu,nasib agama kita (agama Islam) dan nasib anak-anak cucu cicit kita di masa hadapan agar tidak akan hidup melarat,akibat kesalahan kita dalam membuat pilihan yang tidak betul dan tidak bijaksana.

BENGKEL MEMBENTANGKAN KERTAS KERJA

Dari kiri: Datuk Dr.Rahman,Datuk Abu Hasan Omar,
Pada tganggal pada 2 hb.Februri 2013 yang baru lalu,Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) cawangan Selangor, di bawah pimpinan mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Abu Hasan Omar telah mengadakan bengkel politik.

Mengadakan bengkel  politik bagi membentang  dan merumuskan kertas kerja dalam konteks untuk mempastikan Umno-BN akan medapat kemenangan besar pada PRU ke: 13 ini.

Mengadakan bengkel politik untuk membincang- kan kertas-kertas kerja yang telah dibenatangkan oleh Datuk Dr.Rahman Ismail dan Datuk Haji Saloman Selamat,di Ibu Pejabat Umno ,di Tingkat 7,di shah Alam, Selangor.

Gabungan Ngo-Ngo Gombak dilihat paling banyak menghantar jumlah perwakilan di dalam bengkel membentangkan Kertas Kerja itu.

Objektif gerkkerjanya ialah:

(1).Untuk menyelaraskan gerakkan NGO membantu Barisan Nasional di kawasn masing-masing.

(2).Menghidupkan jentera NGO di seluruh Dewan Undangan Negeri dan Parliman.

(3).Menggerakkan program jaringan rakyat di kalangan NGO masing-masing merangsang setiap ahli   menyokong Barisan Nasional.

 Datuk Dr.Rahman membentangkan kertas kerjanya
Yang berbahagia Datuk Dr.Rahman Ismail,Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak,merangkap Mantan Ahli Parliman (MP) Umno Bahagian Gombak, bagi penggal 2004-2008 telah membentangkan kertas kerjanya yang panjang lebar yang berjodol:

*Peranan Ngo Dalam Membantu Barisan Nasional Mencapai Kemenanan di Negeri Selangor dan Parliman.

Datuk Dr.Rahman Ismail,selaku seorang ahli politik yang berpengalaman dan selaku seorang ahli perniagan yang bertaraf koprat Antara Bangsa yang telah berjaya jadi jutawan.

Beliau terpaksa mengambil masa selama 45 minit untuk mengutarakan konsep kertas kerjanya itu secara detail kepada para pewakilan badan-badan Ngo dari 20 bahagian Parliman yang telah hadir di pagi tersebut.

Huraian yang dibentangkan oleh Datuk Dr.Rahman Ismail dalam Kertas Kerjanya itu? Boleh diktakan begitu detail dan disertai dengan contoh-contohnya sekali.

Beliau berbuat demikian dengan harapan agar para perwakilan dari badan Ngo-Ngo lain di Selangor yang hadir pada pagi tersebut dapat menggunakan segala faktor-faktor yang baru sahaja Dartuk Dr.Rahman Ismail bentangkan itu,sebagai panduan mereka dalam usaha membantu Umno-BN di kawsan Parliman masing-masing.

Kemudiannya,gagasan yang diutarakan oleh Datuk Dr.Rahman Ismail dalam Kertas Kerjanya itu,bolehlah dijadikan sebagai asas formula mereka ketika mereka memberi penerangan kepada ahli-ahli mereka di kawasan Parliman masing-masing.

Iaitu di ketika mana mereka mengadakan mesyuarat untuk merangka gerak kerja mereka membuat persiapan secara mantap untuk sama-sama membantu Umno-BN dalam peperangan politik yang amat sengit,getir, pada PRU ke:13 itu nanti.

PROGRAM AKTIVITI PEMANTAPAN GERAK KERJA (dihari pertama).

Pada tanggal 16 dan 17 Februari 2013  Gabungan NgoNgo Gombak telah mengadakan Program Bengkel Pemantapan gerak kerja,bertempat di Institut Kemajuan Desa (INFRA) di Persiaran Institusi,di Bandar Baru Bangi, Kajang,Selangor.

Majlis itu bermula pada  jam 2.30 petang di hari pertama iaitu,selepas makan tengah hari dan selepas solat zohor,di surau yang tersedia ada didalam kawasan di Institut Kemajuan Desa (INFRA) yang luas dan hebat itu.

Majlis pembukaan di rasmikan oleh Penasihat Eksekutif Gabungan Ngo-Ngo Gombak,Tan Seri Datin Paduka Zaleha Ismail,setelah selesai Datuk Dr.Rahman Ismail,selaku Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak menyampaikan ucapan alu-aluannya secara rengkas kepada para peserta bengkel  pemantapan itu.

Di antara programnya ialah Motivasi yang telah diberikan oleh Datuk Saroni Judi, kira-kira pada jam 3.30 petang.

Bengkel Team Building di hari pertama bermula pada jam 5.00 petang hingga jam 6.00 petang dan disambung semula dari jam 10.00 malam hingga jam  11.30 malam.
Pengarah program pemantapan gerakkerja Sdr. Abdullah Mansor sedang memberi penerangan tentang acara-acara yang akan diberikan pada para peserta bengkel pada tanggal 16 hb dan 17 hb.Februri 2013 kepada para perwakilan badan-badan Ngo Gombak yang menjadi peserta bengkel sebanyak 200 orang itu.
Program motivasi itu disampaikan oleh Pakar Team Building oleh Encik Menet Saat dua hari berturut-turut.

Ucapan Pengarah Program Pemantapan

Pada program aktiviti-aktiviti pemantapan gerak kerja itu? Sdr.Abdullah Mansor merupakan pengarahnya.  
Abdulah Mansor ini,adalah merupakan mantan Ketua Pemuda Umno Bahagian Gombak,di era Anwar Ibrahim sedang memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Dalam ucapan pembukaannya,sebagai Pengarah Program Aktiviti-aktiviti pemantapan gerak kerja berpasukan,beliau telah mengariskan beberapa faktor yang harus dilakukan oleh para perwakilan Ngo-Ngo dari badan yang telah bergabung di dalam Gabungan Ngo-Ngo Gombak,dalam konteks untuk menyedikan tindakan-tindakan NILAI TAMBAH ( bukan nasi tambah) kepada Umno-BN dalam peperangan politik pada PRU ke:13.

Menyediakan tindakan-tindakan  NILAI TAMBAH dalam peperangan Umno-BN menempuh pilihanraya umum Malaysia pada PRU ke :13 yang akan tiba pada bila-bila masa sahaja dari sekarang ini. Iaitu sebaik sahaja Perdana Menteri Malaysia yang ke:6 , Datuk Seri Najib Tun Razak,akan mengumumkan tarikh pembubaran parliman Malyasia.

Abdullah Mansor, Pengarah program pemantapan berkata,bahawa projek kita pada hari ini,adalah projek pemantapan gerakkerja berpasukan yang mana yang pentingnya pada malam ini,kita ada program apa yang dinamakan "Team Building".
Sebahagian lagi para perseta program pemantapan gerk kerja yang telah mengambil bahagian dalam aktiviti itu yang dianjurkan oleh Gabungan Ngo-Ngo Gombak pada 16- 17 hb.Februari 2013.
Lakaran kita untuk kita bergerak seperti yang telah dimaklumkan tadi ialah,pemantapan gerak kerja yang berjodol "sebelum dan semasa pilihanraya".
Menurut Abdulah Mansor, prestasi sesuatu kumpulan atau pun Ngo-Ngo atau pun individu itu bergantung kuat kepada prestasi dan sumbangan Ngo-Ngo dan individu itu sendiri. Dan prestasi individu pula memberi gambaran sikap,amalan dan faktor lain yang mempengaruhi motivasi mereka untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang.

Menurutnya lagi,di dalam sesebuah organasasi itu? Lazimnya terdapat anggota pekerja ataupun anggota ahli-ahlinya yang kurang bersifat membina. Seperti kurang mengambil berat dan tidak bersemangat dalam menjalankan tugas. Kurang tumpuan kepada visi ngo atau pun visi parti.Tidak bersikap membantu,tidak creatif dan lemah dalam menyelesaikan masalah.Bersikap negatif dan kurang keyakinan jati diri.
Datuk Dr.Rahman Ismail berkemeja putih dan berserta peserta-peserta bengkel sedang menikmati juada makan tengah hari di hari pertama itu.
Seterusnya beliau berkata,oleh itu,kita perlu mendedahkan kepada mereka dengan teknik meningkatkan potensi kita,potensi diri dan membina pasukan kita di dalam Ngo.Setiap individu perlu menyanyangi rakan mereka dalam Ngo masing-masing dan di dalam konsep Team Building pada malam ini.

Kita telah memanggil seorang pakar yang namanya cukup unik iaitu Tuan Minit bin Saat.Saya telah dimaklumkan bahawa nama Maknya (ibunya)pula bernama jam dan anaknya bernama Detik.
Beberapa orang para peserta bengkel  baru sahaja selesai menikmati kuih muih dan roti jala dan murtabak sebaia juadah minuman petang selepas menghadiri program moyivasi politik yang di sampaikan oleh pakar motivasi politik yang disampaikan oleh Datuk Saroni Judi.

Uniknya motivetor kita ini dengan namanya,nama ibunya dan nama anaknya.Dia adalah seorang pakar motivetor yang digunakan oleh kerajaan Malaysia untuk memberi motivasi kepada seluruh olah ragawan atau pun pemain-pemain kita dan juga pada ahli-ahli sukan Malaysia sebelum keluar negara,

Tuan Minit bin Saat pakar Motivetor
Maka dialah pakar motivasi yang telah menunjuk ajar ahli-ahli sukan kita.Maka dialah seorang yang pakar motivetor yang akan memberi motivasi pada kita pada malam ini berhubung dengan konsep "Team Building".

"Oleh itu saya meminta pada anda yang dapat air mineral itu.Kalau dah minum habis airnya,maka pulangkanlah semula botol-botol yang dah kosong itu dan letakkan semula di dalam kotak-kotak yang asal yang ada di belakang dewan ini.

"Kerana botol-botol yang kosong itu akan kita jadi satu alat ketika kita akan memulakan program "Team Building" yang akan disampaikan oleh pakar movitor kita Tuan Minit bin Saat, pada malam ini bermula pada jam 10.00 malam dan mungkin akan berakhir kira-kira pada jam 11.30 malam.," jelas Sdr.Abdullah Mansor pengarah program pemantapan itu.

Perhatian: Tulisan berhubung dengan aktiviti-aktiviti hari kedua?Akan penulis siarkan pada hari esok pula apabila dah selesai ditulis.Harap maaf. (Posted by abnmulya at 2331 hrs on February 19,2013).






No comments: