![]() |
Pengarah pilihanraya BN Selangor Datuk Seri Najib Tun Razak. |
Manakala Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed menjadi timbalan pengarah bagi memperkukuhkan gerak kerja jentera parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.
Mohd. Zin yang mengesahkan perkara tersebut berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat BN Selangor di ibu kota malam tadi sekaligus menunjukkan Perdana Menteri memberikan perhatian serius untuk memastikan Selangor kembali ke pangkuan BN dalam pilihan raya umum yang semakin hampir.
![]() |
Datuk Seri Mohd Zain Mohamed,Tim.Pengarah PRU Selangor |
"Saya pula akan membantu beliau sebagai timbalan pengarah untuk membantu dari segi perancangan dan gerak kerja terutama untuk memperkukuhkan jentera BN pada satu tahap lebih optimum untuk menjamin kemenangan mutlak parti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN( Utusan online-politik).Posted by abnmulya at1736 hrs on February 24,2013.
No comments:
Post a Comment