Sunday, February 24, 2013

Presiden PAS pula sifatkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia seperti beri ikan

Datuk Seri Abdul Hadi Awang,Presiden PAS
ALOR SETAR 23 Feb. - Jika Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyamakan pemberian bantuan wang oleh Kerajaan Pusat kepada rakyat seperti memberi makan hampas kelapa kepada ayam dan lembu.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula menyifatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) seperti memberi ikan, bukannya pancing kepada penerimanya.

Menurut Presiden Pas itu, pemberian BR1M hanya umpan kerajaan untuk memancing undi rakyat supaya memihak kepada Barisan Nasional (BN).

Katanya lagi, BR1M juga adalah satu tindakan untuk membodohkan rakyat oleh BN menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Pepatah Cina ada mengatakan kalau nak tolong, sila bagi pancing, bukan bagi ikan. Kalau bagi ikan, dia (rakyat) nak ikan lagi. BR1M ini membodohkan rakyat, kita mesti hanya makan umpan, tapi pastikan jangan terkena kail.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya at 1744 hrs on February 24,2013.

No comments: