![]() |
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed |
"Kita ada dengar banyak cerita tentang bukit-bukit yang telah dibotakkan, tentang pencemaran alam apabila berlaku pembalakan secara berleluasa menyebabkan persekitaran cemar, air sungai kotor.
"Rakyat Kelantan tidak tahu apa sebenarnya berlaku jadi kita harap kerajaan negeri akan memberi penerangan kepada rakyat Kelantan apa yang sebenarnya berlaku di Lojing, Gua Musang," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di rumah bekas Timbalan Ketua Wanita MCA Bahagian Kota Baharu, Koay Lim Choon, 74, di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai laporan akhbar mengenai aktiviti pembalakan yang berleluasa di Gua Musang untuk tanah pertanian mega sehingga menyebabkan berlakunya pencemaran teruk di beberapa batang sungai di jajahan tersebut.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kerajaan negeri juga perlu mengemukakan Laporan Alam Sekitar (EIA) jika benar aktiviti pembalakan tersebut tidak merosakkan alam sekitar.
"Kita perlukan penjelasan apa sebenarnya yang berlaku. (Adakah aktiviti pembalakan yang dilaksanakan) menepati peraturan-peraturan alam sekitar dan setakat mana kawasan terjejas.
"Ini melibatkan rakyat Kelantan. Kalau (alam sekitar) terjejas, ia turut melibatkan anak cucu kita," katanya. Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 2011 turut mengakui laporan air di negeri ini, tercemar dengan logam berat serta bakteria E-coli yang boleh menjejaskan kesihatan penduduk.
Nik Abdul Aziz yang juga Pengerusi Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mengakui kerajaan negeri gagal menyekat pembangunan di Hulu Kelantan sehingga menyebabkan pencemaran Sungai Kelantan, sekali gus menjejaskan kualiti bekalan air yang disalurkan kepada pengguna. - BERNAMA( Utusan online-berita utama).Posted bya bnmulya at 1830 hrs on February 10,2013.
No comments:
Post a Comment