Tuesday, April 16, 2013

Azam Umno-BN untuk merampas kuasa politik di Negeri Selangor sangat kuat pada PRU ke-13 ini.

P.Kamalanathan dari parti MIC sedang menerima (Watikah Rasmi) dari Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak,selaku Pengerusi Umno-BN di negeri Selangor, pada PRU :13 ini, iaitu pada pagi semalam, pada tanggal (16 hb.April 2013)di Ibu Pejabat UMNO,di Tingkat 9, di Shah Aalam.P.Kamalanathan dipilih untuk betanding di kawasan Palimen Hulu Selangor.

Hj.Abu Bakar Ninggal
April 17,2013 at 1.47pm.

Sesungguhnya Azam Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk merampas semula kuasa politik bagi negeri Selangor pada PRU:13 ini sangat kuat.Justeru itu Umno-BN Selangor telah menampilkan golongan muda,golonga akedamik dan muka-muka baru yang dilihat sangat berwibawa bagi memastikan misi untuk merampas semula Selangor daripada pakatan pembangkang akan tercapai.

Untuk melestarikan cita-cita dan harapaqn yang menggunung tinggi itu ? Maka Umno-BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, pada PRU ke:13 ini telah meletakkan calon-calon Parlimen dan calon-calon DUN yang punya kewibawaan yang terpilih di berbagai-bagai bidang yang sangat unik kelasnya.

Sebahagian besar calon-calon Parlimen dan juga calon-calon DUN negeri Selangor, sedang memenuhi Dewan di Ibu Pejabat Umno,di Shah Alam,Tingkat 9. Mereka dengan sabar sedang menunggu giliran mereka di panggil untuk menerima Watikah rasmi dari Ketua Pengarah PRU ;13 bagi negeri Selangor.Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Mereka  yang telah terpilih menjadi calon-calon Parlimrn dan juga calon-calon DUN ini telah melalui saringan dari beberapa agency untuk mempastikkan latar belakang pendididkan dan pengalaman yang telah mereka catatkan mengikut merit masing-masing.

Pada (PRU ke:13) ini Umno-BN Selangor akan berentap di kesemua 22 kawasan Parlimen dan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri DUN yang mana telah melibatkan pada parti Umno ( 9 Parlimen dan 35 DUN). Untuk MCA pula ( 7 Parlimen dan 14 DUN).
Mantan Peguam Datuk Sri Anwara Ibrahim yang telah keluara dari PKR. Dengan wajah yang gembira telah menunjukan kepada calon-calon Umno-BN yang berada di dalam dewan penyerahan Watikah. Datuk Seri Najib Tun Razak juga turut teruja dengan terpilihnya Datuk Zulkifli Nordin sebagai calon Parlimen bebas memakai tiket Umno-BN menetang calon PAS di kawasan Parlimen Shah Alam.

Sementara pada parti MIC( 4 Parlimen dan 3 DUN). Untuk parti Gerakan ( 1 Parlimen dan 3 DUN).Untuk parti Progresif Penduduk (PPP) 01 Parlimen dan 1 DUN.

Seorang calon Bebas yang menggunakan tiket Barisan Nasional ialah, penyandang kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu,Kedah,Datuk Zulkifli Nordin yang menang pada PRU ke:12 dulu atas tiket  Parti Keadilan Rakyat (PKR) di beri tanggung jawab bertanding di kawasan Parlimen Shah Alam untuk menentang calon PAS Khalid Samad.

CALON-CALON DI KAWASAN PARLIMEN GOMBAK.

Mantan Ahli Parlimen Umno Gombak bagi penggal 2004 -2008 kini dipilih sekali lagi bertanding selakau Ahli Parlimen juga di kawasan Parlimen Gombak pada PRU ke:13 ini. Penyokong-penyokong Datuk Dr.Rahman Ismail di Gombak, pada period  PRU 2004-2008 masih menunggu dan mengalu-alukan kedatangan  beliau terpilih sekali lagi sebagai calon di Parlimen pada PRU ke:13 ini.
Pada pagi 16 hb.April 2013 maka terjawablah segala teka teki yang menyelubungi hati nurani rakyat Gombak khas dan juga pada calon-calon yang telah menghantar suart kepada pucuk pimpinan Umno pusat dalam konteks menawarkan diri untuk dipilih jadi ahli parlimen dan juga di 3 kawasan DUN di Gombak.

Dalam konteks ini penulis difahamkan banyak juga yang menawarkan diri unruk jadi ahli-ahli parlimen dan begitu juga di tiga lagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Walau pun telah tersebar luas berita-berita bahawa si polan ini telah dipilih sebagai calon Parlimen dan si anu ini telah bernasib baik telah dipilih untuk bertanding sebagai calon-calon ADUN di tiga kawasan DUN di Gombak?

Said Anuar, DUN Gombak Setia
Namun begitu bila penulis hubungi mereka itu, tidak seorang pun di antara mereka,baik bakal calon Parlimen atau pun bakal calon-calon DUN yanag  telah disebut-sebut telah terpilih itu mahu mengesahkan berita-berita angin itu.

Mereka itu sama sekali tidak mahu mengesahkan bahawa mereka itu telah terpilih dan akan menerima WATIKAH rasmi dari Pengerusi Perhubungan Umno Selangor,Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, di Ibu Pejabat Umno, di Shah Alam, pada pagi 16 hb.April 2013.

Siapakah gerangannya calon-calon di satu kawasan Parlimen dan di tiga lagi di kawasan Dewan Undangan Negeri,di Daerah Gombak? Masih lagi penulsi tidak tahu. Mereka ini dilihat benar-benar mahu menyimpan rahsia seberapa lama yang boleh.

Mungkin sebagai memenuhi arahan dari golongan yang tertetu agar mereka berbuat begitu untuk mengelakan sensetitifviti pada tokoh-tokoh yang telah menyerahkan borang permohonan untuk tempat-tempat tersebut agar tidak berkecil hati lebih awal lagi disebabkan tidak bernasib baik pada PRU ke:13.

En.Rawi, DUN Batu Caves,
Pun begitu penulis dan bersama beberapa orang kawan yang lain telah tiba di Ibu Pejabat Umno,di Saha Alam,kira-kira jam 9.00 pagi dan terus naik ke tingkat 9 di mana di dalam dewan yang sederhana sahja luasnya akan berlangsung majlis Penyampian Watikah secara rasmi kepada 22orang  calon-calon Parlimen dan sekaligus pada calon-calon DUN Negeri Selangor seramai 56 orang.

Sebelum majlis penyampai Watikah itu bermula kira-kira jam 11 pagi, maka calon-calon Parlimen dan juga calon-calon DUN dan para pemerhati dan golongan wartawan-waretawan TV tempatan dan juga luar negara bersarapan pagi dengan juadah-juadah makan pagi yang telah disediakan Umno Selangor, sejak pagi-pagi lagi.

Semua calon-calon penulis lihat semacam telah diarahkan mesti memakai kemeja biru yang telah siap sedia dicap dengan lambang Barisan Nasional iaitu gambar dacing yang menjadi simbul bagi parti Umno-BN selama ini

Apa yang menjadi serabut oleh tokoh-tokoh politik Gombak tentang  siapakah calon-calon di Daerah Gombak selama ini dah terjawab dan telah pun terongkai siapakah calon-calon yang terpilih.

Justeru itu,jika ada sebarang sedikit perselisihan pendapat sebelumnya iaitu di ketika anda menunggu-nunggu siapakah calon-calon yang akan dipilih? Maka segala perselisihan itu hendaklah dilupakan segera dari ingatan dan dari pandangan anda.
Dari kiri yang sedang ketawa lebar itu ialah Tuan Hj.Abdul Rahim Kamarudin, Ketua Umno Bahagian Gombak telah dipilih bertanding sebagai calon Umno-BN di DUN Hulu Kelang.Dan Datuk Dr.Rahman Ismail telah dipilih sebagai calon Umno-BN di Parlimen Gombak sekali lagi.
Tugas besar yang berada di depan anda untuk menuju ke tarikh 5 hb.Mei 2013 iaitu (hari mengundi)dan mempastikan UMNO-BN Gombak ,di Selangor, akan mencapai kemenangan dengan bergaya.

Dengan kata lain? Dalam perjalanan untuk menuju pada hari 5 hb.Mei, 2013ini, semangat perpaduan yang telah diikat dengan tali permaufakatan mesti diujudkan dan dikekal;kan di antara sesama anda.Isu ini sangat perlu.

Tujuan dan harapa anda di dalam Umno-BN pada PRU ke:13 ini ialah, semata-mata untuk berjuang mengalahkan barisan parti pembangkang yang telah berkuasa di Selangor 5 tahun yang lalu itu.Kelemahan dan kesalahan yang telah anda lakukan pada PRU ke:12 pada tarikh 8 hb.March 2008 dulu itu jangan diulang-ulang lagi.

Itulah tugas yang amat penting harus menjadi fokus anda dan ia mesti dikerjakan secara bahu membahu dengan segala kekuatan dan segala perpaduan yang mestinya kental dan utuh.

Membujur lalu melintang patah.Pantang pahlawan menyerah dalam segala bentuk peperangan.Lawan tetap lawan hingga menang.Itulah sumpah perjuangan pahlawan bangsa dan negara.

Selamat berjuang dan doa restu dari penulis untuk anda semua yang berada di medan juang demi menebus kemabli maruah yang telah tercalar di wajah-waajah anda dalam Umno-BN pada PRU  ke:12 pada 8 hb.March, 20O8 dulu itu dimakbulkan oleh Allah Yang Maha Berkuasa.

Calon Parlimen Gombak Datuk Dr.Rahman Ismail,seorang doktor pakar dan seorang ahli koprat yang berjaya di dunia perniagaan antarabangsa.Beliau punya kilang di kawasan Perindustrial di Rawang,Selangor Darul Ehsan.

Produk yang syarikat beliau keluarkan ialah dan diniagakan oleh beliau ialah ubat canser dan produknya itu sebahagian besar telah dipasarkan di Eropah dan juga di negara-negara Arab yang kaya raya. Menurut Datuk Dr.Rahman Ismail,bahawa Ubat Canser ini,harganya terlalu mahal.Ada di antara ubatnya itu sebiji berharga RM10,000-00.

Bagi calon  DUN Gombak Setia calon yang telah dipilih ialah Datuk Said Anwar yang kalah di tangan Azmin Ali,selaku calon Umno di Parlimen Gombak, pada PRU:12 pada 8 hb.March 2008 dulu.

Sementara Hj.Abd.Rahim Kamaruddin, Ketua Umno, Bahagian Gombak,dipilih untuk bertanding di kawasan DUN Hulu Kelang. Pada PRU ke:12 dulu itu,calonnya ialah Datuk Ahmad Ujang,Ketua Umno Bahgian Gombak juga di ketika itu.

Sementara di DUN Batu Caves pula? Diserahkan kepada calon MIC. Calonnya ialah En.Ravi.Penduduk kaum India di kawasan DUN Batu Caves itu menguaai 28% dari jumlah semua undi di kawasan tersebut.
( Posted by abnmulya at 1347 hrs on April 17,2013).






No comments: