Monday, April 15, 2013

Datuk Dr.Rahman Ismail dipilih sebagai calon Umno di Parlimen Gombak



April 16,2013 at 3.24 am

Gabungan Ngo-Ngo Gombak yang kini mempunyai sebanyak 153 buah badan-badan Ngo yang kecil-kecil telah bergabung di dalam Gabungan Ngo-Ngo Gombak pimpinan Datuk Dr.Rahman Ismail, mantan Ahli Parlimen Umno Gombak, bagi penggal 2004- 2008.

Datuk Dr.Rahman Ismail
Menurut Datuk Dr.Rahman Ismail, bahawa beliau telah dipilih oleh Pucuk Pimpinan Umno pusat,pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, sebagai calon Parlimen Umno,di Parlimen Gombak,pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke -13 yang akan tiba tidak beberapa hari lagi dari sekarang ini.

Pada minggu lalu Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz telah mengumumkan bahawa hari penamaan calon pada 20 hb.April 2013.Dan hari membuang undi ialah pada 05 hb.Mei 2013.

Pada pukul 8.14 malam tadi, penulis telah di beritahu oleh Datuk Dr.Rahman Ismail, menerusi Telepon Hand Setnya berhubung dengan isu tersebut.

Beliau mengajak penulis hadir di Ibu Pejabat Umno,di Shah Alam, pada jam 9.00 pagi ini untuk menyaksikan acara ketika beliau menerima WATIKAH perlantikan dari Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak,Presiden Umno.

Datuk Dr.Rahman Ismail ini, merupakan sebagai Ketua Cawangan Umno Taman Selayang berpuloh-puloh tahun lamanya hingga kini.

Ertinya?Di kalangan ahli-ahli Umno di Gombak nama beliau memang tidak asing lagi. Beliau cukup popular.

Disamping beliau secara cergas memimpin para pengikutnya di Cawangan Umno Taman Selayang yang telah dipegangnya sejak sebelum tahun 2004.

Maka beliau juga menerusi Gabungan Ngo-Ngo Gombak,dilihat begitu aktif mendekati masyarakt 1 Malaysia,di akar umbi,di dalam Daerah Gombak,sejak pada tahun 2010 hingga kini dan aktiviti-aktiviti mendekati rakyat akar umbi paling kurang 2 program pada satu minggu.

Kadang-kadang 4 program dalam  satu minggu. Uniknya segala ongkos program-program itu dengan menggunakan wang ringgit Datuk Dr.Rahman sendiri.

Setiap aktiviti yang beliau lakukan itu? Penulis tidak pernah tidak menyertainya. Sebagai buktinya?Rakyat yang berada di dalam Daerah Gombak,boleh baca di blog penulis yang bernama:Abnmulya.blogspot.com.

Dalam masa dua setengah tahun yang lalu itu hampir 400 aktiviti-ativitinya telah penulis abadikan di blog penulis itu.

SIAPAKAH DATUK DR.RAHMAN ISMAIL INI?

Datuk Dr.Rahman Ismail,adalah seorang  Doktor Perubatan dan aktivis sosial yang melakukan kerja-kerja kemasyarakat melalui Gabungan NGO-NGO  Daerah Gombak. Sejak Gabungan Ngo-Ngo Gombak ini ditubuhkan sehingga kini beliau adalah sebagai Presidennya.

Didalam Gabungan Ngo-Ngo ini terdapat sebanyhak 153 buah badan-badan Ngo yang terdiri daripada semua kaum dan lapisan masyarakay yang digembeling dan digerakkan di dalam memberi khidmat kepada rakyat.

Gabungan Ngo-Ngo Daerah Gombak ini berobjektifkan  "Memperkasakan Gagasan 1 Malaysia". Dan telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. 

 SELAKAU SEORANG DOKTOR

Datuk Dr.Rahman Ismail ini pernah bertugas di Hospital Besar di Kuala Lumpur dan di Organisasi Perubatan Antarabangsa sebagai Doktor Parkar Penyelidik Perubatan.Kajian-kajian Perubatan beliau telah diterbitkan di dalam journal-journal Perubatan Antara bangsa dan tempatan.Beliau juga adalah seorang ahli " Akademik Perubatan" (AM).

Penulis sekeluarga mengambil kesempatan mengucapkan TAHNIAH atas kejayaan Datuk Dr.Rahman Ismail telah dipilih sebagai calon Parlimen Gombak pada PRU ke-13 ini dan sekaligus penulis sekeluarga sentiasa memanjatkan doa kepada Allah SWT agar Datuk Dr.Rahman Ismail,dengan izin Allah Yang Maha Berkuasa, akan menang sebagai Ahli Parlimen Gombak sekali lagi pada PRU ke-13 ini.

Pada PRU tahun 2004 dulu itu beliau telah berjaya mengalahkan Dr.Hatta Ramli dari PAS di Parlimen Gombak dengan majoriti undi hampir 13,000 undi.(Posted by abnmulya at 3.24 am on April 16,2013.).

.

No comments: