Thursday, April 18, 2013

Majlis Memperkenalkan calon-calon Barisan Nasional ( Kawasan Parlimen) Gombak


Sebahagian para tetamu yang hadir di majlis memperkenalkan calon-calon Barisan Nasional bagi kawasan Parlimen Gombak,pada malam semalam di depan Pejabat Umno Bahagian Gombak, di Batu Caves,Selangor.

Hj.Abu Bakar Ninggal.
Juma'at,April 19,2013
at 11.58 am.

Bagi seluruh umat Islam di dunia ini,biasanya boleh dikatakan pada hari Khamis,malam Jumaat,bagi mereka adalah merupakan satu-satunya malam yang mempunya banyak keberkatan kerana hari Jumaat itu sendiri,adalah merupakan penghulu bagi segala hari dan mempunyai keberkatan yang begitu unik.

Lazimnya,bagi pemeluk agama Islam, maka pada malam Jumaat itulah,kebanyakaan dari mereka mengambil kesempatan untuk mereka mengadakan majlis-majlis berunsur amal ibadat dengan acara membaca Yasin dan doa tahlil dan solat hajat di surau-surau dan juga di masjid-masjid.

Kadang-kadang ada juga setengah rumah persendirian akan mengadakan majlis membaca Yasin dan tahlil dan solat hajat dan sebagainya di rumahnya itu dalam konteks memanjatkan doa mereka kepada Allah SWT untuk disedekah kepada arwah Ayah/Ibunya,isterinya-istesrinya dan anak penak yang telah lama meinggal dunia.

Bagi orang-orang yang suka mendapat fadilat membaca al-Quran di malam-malam Juma'at?Mereka  tidak pernah tertinggal membaca al-Quran selepas solat maghrib di rumahnya dan sebagainya.
Sebahagian lag para tetamu yang hadir di majlis Memperkenalkan calon-calon Umno-BN pada PRU ke:13 yang berlngsung hari mengundinya pada 05 hb.Mei,2013.
Maka banyak di anatranya membacaYasin dan al-Quran beberapa surah sebaik sahaja mereka telah selesai melakaukan solat Maghrib menjelang tibanya waktu Isya'. Aamlan semacam ini boleh dikatakan telah lama menjadi amalan mereka sebagai penganut agama Islam kuat imannya.

Dalam konteks hendak menempuh Pilihan Raya Umum (PRU-13) ini? Setiap Bahagian Umno-BN termasuk juga Umno-BN Bahgain Gombak itu sendiri.Harus mengadakan majlis memperkenalkan calon-calon mereka terlebih dahulu sebelum tiba hari penamaan calon-calon yang telah ditetapkan oleh SPR

Di setiap kawasan Parlimen,biasanya sebelum tiba hari penamaan calon itu,terlebih dahulu telah pun mengadakan majlis mengenalkan calon-calon mereka,baik calaon Parlimen dan calon-calon DUN di Bahagian masing-masing.

Pihak SPR pada PRU ke:13 ini telah menetapkan bahawa hari penamaan calon jatuh pada pagi Sabtu,bersamaan pada tanggal  20 hb.April 2013 di seluruh negeri-negeri di dalam Malaysia.

Calon-calon Umno-BN Gombak yang telah dipilih sebagai calon-calon Parlimen atau pun DUN harus terlibat pada majlis penamaan calon tersebut bertempat di Sek.Men.Kebangsaan,Sungai Pusu,bagi kawasan Parlimen Gombak pada hari yang sama juga seperti telah ditetapkan tarikhnya seperti tersebut di atas itu.

Setelah menempuh pemeriksaan beberapa dokumen oleh pegawai SPR yang telah ditempatkan di situ dan segala borang-borang yang telah diserahkan kepada pegawai-pegawai SPR itu? Didapati tidak ada  cacat celahnya.

Maka barulah calon-calon itu dikira telah layakan dan dibolehkan bertanding di dalam pertarungan pada PRU ke:13 itu, di mana hari mengundinya telah ditetapkan oleh SPR pada hari Sabtu,bersamaan pada tanggal 05 hb.Mei,2013.

Dalam konteks ini? Umno Bahagian Gombak telah mengambil kesempatan mengadakan Majlis untuk memperknalkan calon-calonnya pada malam Jumaat,pada tanggal 18 hb.April 2013 mengambil keberkatan sempena malam Jumaat yang barakah itu.
Mereka berdiri tegak sedang menyanyikan lagu kebangsaan Malaysia.
Untuk tujuan itu Umno Bahagian Gombak telah mendirikan 3 buah kanopi di ruangan hadapan, di Ibu Pejabat Umno Bahagian Gombak,di Batu Caves, Serlangor.

Kira-kira lebih enam ratus orang para tetamu yang telah hadir pada malam itu termasuk juga jentera-jentera PDM pilihanraya dan para penyokong UMNO-BN Bahagian Gombak hadir ke majlis tersebut.

En.Aziz Jantan,juru acara.
Disebabkan mereka mahu melihat wajah-wajah calon-calon mereka secara dekat sebelum mengundi di samping mahu mengucapkan tahniah atas kepercayaan dan nasib mereka yang baik kerana telah dipilih oleh pucuk pimpinan Umno pusat yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Najib Tun Razak,sebagai Presiden parti Umno.

Ternyata hanya 3 buah kanopi kecil-kecil telah didirikan untuk majlis itu ternyata tidak dapat menampung jumlah hadirin yang hadir pada malam itu. Tiga kenopi kecil itu dilihat paling banyak boleh menampung kira 150 orang sahaja.

Agaknya pihak yang  menglolakan majlis pada malam itu benar-benar tidak menyangka bahawa mood rakyat Gombak untuk menyokong Umno-BN pada PRU ke:13 ini dah jadi begitu hebat.

Maka mereka menyangka hanya 3 buah kenopi kecil sudah memadai. Mereka semacam tidak menduga bahawa angin transformasi tajaan Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku Perdana Menteri Malaysia yang dinamik telah berjaya menggamit kuat hati nurani rakyat bertukar hala menyokong Umno-BN secara drastik sekali dan menolak parti-parti pembangkang.
Justeru itu, maka terpaksalah begitu ramai para tetamu itu terpaksa berdiri sahaja di sekeliling kanopi itu. Dari gambar-gambar yang penulis paparkan diruangan ini,ia boleh dijadikan sebagai buktinya dan begitu jelas kelihatan bahawa begitu ramai para tetamu lelaki dan perempuan,tua dan muda dilihat tidak dapat kerusi duduk dan terpaksa berdiri beberapa jam lamanya.

Bagi orang-orang yang masih muda remaja? Keadaan serupa itu tidak jadi masalah pada mereka.Tetapi bagi orang-orang dari saluran pertama yang mana kebanykan dari mereka itu telah berumur lebih 60an? Sudah tentu tidak mampu berdiri begitu lama.Mereka boleh rebah ketanah akibat terlalu lama berdiri. 

Dari kiri nombor 3 itu ialah Datuk Dr.Rahman Ismail,Calon Parlimen Gombak yang rebutan banyka tokoh-tokoh politik tanah air.Sebelahnya ialah Sdr. Rawisandran Narayanan calon DUN Batu CAVES dari parti MIC.
Majlis pengenalan bermula kira-kira jam 9.15 malam. Sebelum calon-calon diminta memberi ucapannya terlebih dahulu juruacara majlis meminta wakil-wakil parti dari komponan Barisan Nasional iaitu,dari parti MCA,parti MIC,parti Gerakan,parti PPP dan juga dari parti Hindraf. memberi ucapannya.
Datuk Dr.Rahman Ismail,calaon Parlimen Gombak.
Sesudah itu barulah di panggil calon-calon Umno-BN memberi ucapan masing di dalam majlis memperkenalkan calon-calon yang akan berjuang memulakan perjalanan mereka menunju hari mengundi pada PRU ke:13 yang jatuh pada tanggal 5 hb.Mei,2013.

Mereka ini dilihat begitu petah berpidato dan umumnya intipati ucapan mereka itu didapati bahawa mereka begitu yakin Umno-BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak,akan menang dengan bergaya pada PRU ke:13 ini.

Keyakina mereka itu berdasarkan Transformasi yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Najib dalam 4 tahun sahja beliau memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia dan sesungguhnya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah berjaya merubah landscape politiknya telah berlaku secara pantas sekali.

Akibatnya? Rakyat Malaysia telah banyak mendapat manfaatnya hasil dari beberapa banyak bantuan yang merupakan hadiah "kasih sayanag" dari kerajaan pusat di bawah pimpinan Datuk Seri Najib kepada rakyat semua kaum di dalam Malaysia ini.

Justeru sekaligus menjadikan rakyat Malaysia yang berbilang kaum telah menjadi begitu kasih dan begitu sayang pada Datuk Seri Najib Tun Razak.
Datuk Said Anwar Calon DUN Gombak Setia

Berbanding dengan rekod KERJA parti pembangkang dari PKR yang jadi peneraju kerajaan Selangor, dilihat secara terang-terangan,tidak berbuat apa-apa,setelah rakyat Gombak dan Selangor,memberi mandat 5 tahun mereka memerintah Selangor,bermula 8 hb.March 2008 hingga 05 Mei,2013.

Yang dapat kita lihat pemban gkang ini hanya sibuk Isu meminta kerajaan pusat membenarkan isu kalimah Allah dicetak pada Bible versi bahasa Melayu.

Isu kononnya  SPR tidak telus dengan daftar pengundi dan berbagai-bagai lagi isu yang tidak memberi sebarang manfaat pada rakyat Malaysia terutama pada rakyat Melayu yang dijadikan polimik di dada -dada akhbar  dan blog-blog yang pro pada mereka.

Sedangkan soal janji-janji mereka terhadap Ibu-ibu tunggal tidak ditepati seperti yang telah di janji-janjikan oleh mereka.Soal air percuma kepada rakyat yang duduk di rumah pangsa yang tidak mempunyai meter berasingan tidak mendapat nikmat 20 kubikmeter percuma itu.

Bahkan banyak lagi janji-janji parti pembangkang dilihat tidak ditepati walau pun telah termaktup di dalam manisfesto mereka pada PRU ke:12 dfulu.Dari jumlah beberapa banyak janji-janji telah ditaburkan oleh mereka? Didapati tidak sampai 15% ada ditepatinya. Baki 85% lagi hanya tinggal sebagai janji-janji kosong belaka.

Apakah parti-parti semacam ini boleh dipercayai dan secara terang-terangan pula meminta rakyat memberi mandat bukan sahaja di negeri-negeri yang sedang dikuasainya itu? Malah mahu rakyat memberi mandat pada mereka ke Putrajaya pula.

Cakon DUN Hulu Kelang,Hj.Abd.Rahim Kamarudin
Pada 4 negeri yang telah diberi mandat oleh rakyat pada PRU ke:12 dulu/ Dilihat tidak mampu mereka tepati segala janji-janji mereka? Kini meminta-minta ke sana sini agar rakyat memberi mandat yang lebih luas lagi iaitu di perengkat pusat pula.

Golngan ini merupakan golongan yang munafik sekali. Dah diberi betis hendak peha pula.Esok-esoknya? Apa pula yang mereka mahu?

Mungkin mahu celah peha pula.Permintaan mereka sangat mengarut.Golongan yang menganuti faham Malaysia Malaysia ini jika diberi kuasa Ke Putrajaya?

Sdr.Rawisandran Narayanan calon DUN Batu Cave dari MIC
Ditakuti Malaysia keseluruhan akan jadi macam Singapura.Hak bumiputra habis dihakisnya.Raja-raja kita akan dihapuskan.Malaysia dijadikannya Republic.Tiada ada lagi Agung,tiada lagi ada Raja-Raja Melayu dan tidak ada lagi ashkar Melayu di Raja.

JUSTERU pengundi-pengundi terutama Melayu diharapkan hanya mengundi Umno-BN sahaja demi keselamatan dan surviaval nasib Melayu di di Malaysia ini.Walau ada pemimpin Melayu di dalam? Tetapi hati nurani mereka dah jadi gelap gulita.

CINTA pada negara,bangsa,agama dan Raja-raja dah tiada.Berwaspa kita khasnya orang-orang Melayu agar tidak hilang negara bangsa.

CALON-CALON UMNO-BN DI KAWASAN PARLIMEN GOMBAK.

Calon Parlimen Gombak ialah, Datuk Dr.Rahman Ismail.Calon bagi DUN  Gombak Setia ialah,Datuk Said Anwar Ahmad.Calon DUN Hulu Kelang ialah, Hj.Abdul Rahim Kamarudin,Ketua Umno Bahagian Gombak dan calon DUN Batu Caves ialah, Rawisandran Narayanan dari parti MIC.(posted bya abnmulya at 11.58 am on April 19,2013).




No comments: