Saturday, April 20, 2013

Penyokong ( PKR/PAS ) ketika penamaan calon di Parlimen Gombak dilihat semakin hambar & merosot sokongan dari penyokongnya.......



Petua yang dikeluarkan oleh Ulama Pondok, di Kelanatan telah di pamirkan oleh pengiring calon Umno-BN di pagi semalam, di padang Sek.Men.Kebangsaan Sungai Pusu,Gombak ketika majlis penamaan calon sedang berjalan.


Ahad,April 21,2013
at 3.01 am

Di hari penamaan calon di Kawsan Parlimen Gombak yang telah ditetapkan oleh SPR telah berlangsung pada pagi Sabtu,pada tanggal 20 hb.April 2013, bertempat di Dewan Sek.Kebangsaan, di Sungai Pusu,di dalam Daerah Gombak.di Selangor Darul Ehsan.Pendaftaran penaman calon bermula jam 9.00 pagi.

Parti Umno-BN,parti PKR,parti PAS dan calon bebas yang mahu melibatkan diri mereka untuk turut bertanding pada PRU ke:13 telah hadir di hari penamaan calon itu, di tempat seperti tersebut di atas.Hari pengundiannya telah ditetapkan oleh SPR pada tanggal 05 hb.Mei 2013 yang akan tiba hanya dua minggu lagi.?

Jika kita membuat ukuran dari sudut jumlah penyokong dari parti PKR/PAS yang mengiringi calon Parlimen dan calon-calon DUN mereka ke tempat pencalonan.

Jumlah para penyokong mereka yang hadir mengiringi calon-calon mereka untuk mendaftarkan nama-nama mereka pada pegawai SPR pada pagi semalam dalam konteks untuk bertanding di kawasan Parlimen Gombak pada PRU ke-13, senarionya dilihat begitu berbeza dari hari pencalonan pada PRU -ke:12 dulu.

Senarionya telah berubah secara ketara. Jika di hari penamaan calonnya,pada Pilihan Raya Umum ke:12 dulu itu?

Senario para penyokong yang turut mengiringi calaon-calon mereka dilihat begitu gah mempamirkan kekuatan mereka,berbanding dengan jumlah penyokong-penyokongnya yang mengiringi calon mereka pada hari penamaan calon pada PRU:13 pada 20 hb.April 2013, iaitu di pagi semalam,dilihat hambar sahaja dan para penyokong nyata dah jadi begitu merosot.

Akibat dari kemersotan itu?Para pemerhati politik meramalkan,bahawa besar kemungkinan parti-parti tersebut akan kalah teruk pada pilihan Raya Umum ke:13 di hari membuang undi, pada tanggal 05 hb.Mei,2013 itu nanti?

Kenapa senario yang begitu rupa terjadi? Hal ini terjadi adalah bertitik tolak dari kelemahan mereka itu sendiri.Komen oleh beberapa orang pemerhati politik ketika penulis temui di pagi semalam.Mereka telah membuat komen-komen dengan mengtakan bahawa angin reformasi tajaan Anwar Ibrahim semacam telah dilanda kemelut.
Calon-calon dari Umno-BN  sedang ke Dewan Penamaan Calon diiringi ribuan oleh para penyokong mereka dengan  gembiranya.  Jumlah yang mengiringinyas dapat mengalahkan jumlah parti-parti PR sekali ganda ramainya.
Menurutnya,para pemimpin Pakatan Rakyat itu sendiri sebenarnya dilihat telah salah langkah,salah fikir dan salah tafsir terhadap kebijaksanaan rakyat yang jadi pengundi-pengundi di kawasan Parlimen Gombak itu sendiri pada PRU ke:12 dulu.

Tanpa mereka sedari bahawa rakyat di kawasan tersebut sentiasa mengikuti dan menyaksikan segala tindak tanduk,para pemimpin (PR)yang telah mereka undi selama 5 tahun dulu itu dan mandat politik hingga berpeluang berkuasa sebagai kerajaan yang sah di Selangor telah disalah gunakan oleh mereka itu sendiri.

Mereeka semacam tidak sedar bahawa apa yang telah dikatakanya dan apa yang telah dilakukannya dalam masa 5 tahun lebih itu cara-cara diam-diam telah diteropong oleh rakyat secara teliti dan telah direkodkan oleh rakyat berhubung dengan segala prestasi mereka itu.

Adakah apa yang telah dijanji-janjikan oleh mereka  itu telah ditepati atau sebaliknya?

Malangnya! PR cara sedar atau pun secara tidak sedar,dilihat tidak berbuat sebarang reformasi yang boleh memberi manfaat pada rakyat Gombak khasnya dan rakyat Selangor amnya seperti mana yang telah mereka laung-laungkan dan janji-janjikan ketika mereka berkempen sebelum PRU ke:12 dulu.

Jelas,segala kata-katanya itu tidak selari dengan apa yang telah mereka lakukan.Kata tidak serupa bikin.
Segala yang dijanji-janjikan oleh PKR/PR dalam manifesto Pilihan Raya Umum oleh parti-parti tersebut pada PRU ke:12,pada 8 hb March 2008 di Selangor?

Secara terang-terangan telah gagal mereka terjemahkan sebagai kenyatan di alam nyata yang boleh dinikmati faedah-faedahnya oleh pengundi-pengundi mereka di Gombak dan di seluruh Selangor.

Dengan kata lain.bolehlah disimpulkan bahawa kepercayaan yang telah rakyat berikan kepada PKR hingga berjaya jadi peneraju pada kerajana negeri Selangor telah dinodai dan di khianti oleh mereka secara terang-terangan dan ianya sungguh menghecewakan para pengundinya.

Banyak isu-isu untuk kepentinganan rakyat tidak dibereskan hingga rakyat terpaksa membawa kes itu ke mahkamah untuk mendapatkan penyelesaian yang sewajarnya.

Akibatnya dari kealpaan itu? Maka dari hari ke hari, rakyat semakin hilang kepercayaan pada PKR/PR. Begitu banyak rakyat dalam kawasan Parlimen Gombak itu sendiri telah menjauhkan diri mereka dari parti PKR dan ramai di antaranya telah meninggalkan parti tersebut cara diam-diam dan banyak juga cara terang-terangan.

Dari kiri:Datuk Said Anuar Ahmad calon DUN Gombak Setia,sebelahnya ialah Datuk Dr.Rahman Ismail,calon Parlimen Gombak,sebelahnya ialah Tuan Hj.Abdul Rahim Pandak Kamarudin calon DUN Hulu Kelang dan sebelahnya ialah Rawisandran Narayana calon DUN Batu Caves,dari MIC-BN.
Hasil dari kaji selidik yang penulis buat di Daerah Gombak? Kebanykan dari mereka telah merunggut-rungut atas kebohongan itu? Lantas mereka berazam kuat untuk menghukum (PR) pada Pilihan Raya Umum ke:13 di mana hari pengundian akan tiba hanya beberapa minggu sahaja.

Di hari mengundi rakyat adalah merupakan raja bagi diri mereka sendiri.Tepuk dada tanya selera.

Para pemimpin dari parti-parti yang dusta dan durjana pasti akan ditolak oleh rakyat.Keujudan mereka di tengah-tengah rakyat dilihat dan dinilai tidak memberi sebaranag faedah? Yang jelas dan nyata mereka hanya jadi sebagai Pak sibuk sahaja dan hanya cerdik dan pandai mengadakan demontrasai di jalanan sahaja.

Rakyat perlu tolak para pemimpin sedemikian rupa ke dalam lautan api yang sedang marak menyala. Agar mereka akan hangus dimamah oleh api yang panas itu.Sikap negatif  rakyat di Parlimen Gombak terhadap (PR) itu telah pun dipamirkan pada hari penamaan calon pagi semalam,di kawasan Parlimen Gombak,di tempat pencalonan yang disediakan oleh (SPR)di Sek.Men.Keb.Sungai Pusu,di Daerah Gombak.

Senarionya dilihat telah berubah secara drastik sekali berpandukan pada sokongan yang telah dipamirkan oleh rakyat Gombak pada pagi semalam.

Pengaruh (PR),di Parlimen Gombak, pada PRU ke:13 ini? Dilihat sudah hambar dan para penyokongnya dilihat telah jadi begitu merosot.
Datuk Dr.Rahman Ismail dan 3 lagi calon-calon DUN di Parlimen Gombak sedang berjalan menuju ke Dewan Penamaan Calon.

Dengan kata lain? Dah begitu banyak sekali rakyat di Daerah Gombak telah meninggalkan PKR berbanding dengan jumlah penyokong-penyokong yang telah dipamirkan oleh Umno-BN dilihat semakin bertambah hampir sekali ganda banyaknya berbanding dengan Pakatan Rakyat itu sendiri.

Berdasarkan dengan perbandingan itu? Besar kemungkinan keputusan pengundian pada Pilihan Raya Umum, pada 05 hb.Mei 2013 itu nanti,akan mengubah landskape politiknya parti pembangkang itu sendiri.

Tidak mustahil akan berkesudahan bahawa  (PR) akan mengalami kekalahan yang amat teruk,mungkin dengan keputusan dengan kiraan  ( 4-0) sepertimana telah berlaku pada Umno-BN pada PRU ke:12,pada  8 hb.March 2008 dulu itu.

Sesungguhnya,pusingan roda di dunia ini? Lazimnya akan berpusing-pusing mengikuti kehendak Allah SWT.Sekali roda itu dilihat berada di atas dan sekali-sekala akan berada di bawah pula.Tiap yang baru tidak akan kekal.

Pasti akan menghadapi perubahan dan perubahan itu semakin akan cepat berlaku kalau segala janji tidak ditepati.Sifat itu? Sifat munafik namanya.Allah SWT akan melaknati golongan yang mufikin
 cepat sekali.

SEDAGKAN  Umno-BN di Gombak, di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, hanya baru 4 tahun beliau berkuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia,jelas telah banyak melakukan TRANSFORMASI demi transformai untuk kemanfaatan rakyat Malaysia.

Segala janji-janjinya UMno-BN telah ditepati berbanding dengan (PR) dilihat telah banyak mungkir janji dan kata-kata tidak dikotakannya. Lazimnya orang-orang suka berbohong ini memanag ramai orang yang benci dan tidak percaya lagi segala cakap-cakap mereka.

Dalam konteks untuk menempuh Pilihan Raya Umum ke :13 ini (PRU:13) Datuk Seri Najib dilihat benar-benar mahu merampas semula kuasa politik di Selangor yang berada di tangan pembangkang itu?
Selepas selesai penamaan calon,Datuk Dr.Rahman Ismail telah dikalongkan dengan bunga malai oleh penyokong-penyokong dari kaum India yang jadi penyokong dan jadi pengundi tegar terutamanya di DUN Batu Caves,mempunyai 28% pengundi India di DUN Batu Caves itu sendiri, di dalam Parlimen Gombak.
Datuk Seri Najib Tun Razak telah mempertaruhkan 4 tokoh Winniable  candidates yang berwibawa di dalam pertarungan di Parlimen Gombak dan ke empat-empat tokoh ini pula dalam perjalanan mereka untuk menempuh pertarungan dengan (PR) pada PRU ke:13 ini?

Rata-rata mereka ini dilihat berazam kuat mahu meramps semula kuasa politik dari pihak pembangkang yang telah dimenanginya pada PRU ke:12 dulu.Rampas tetap rampas dengan apa cara sahaja mengikut lunas undang -undang demokrasi di Malaysia.
Sebahagian daripada lebih 6000 orang Para penyokong wanita dari Parti Umno dilihat sedang rajin mengkibarkan bendera Barisan Nasional berhadapan dengan para penykong PKR/PAS di hadapan mereka.

Mereka berempat ini pula,dilihat telah bersumpah setia,bersatu padu,seia sekata,siap siaga akan bekerja berganding bahu tanpa punya sebarang masalah. Matlamat mereka berempat ialah,punya satu tujuan untuk mengkapankan calon-calon (PR) untuk dikebumikan di tanah perkuburan,di arena politik Gombak.

Calon Parlimen Gombak Datuk Dr.Rahman Ismail,adalah mantan Ahli Parlimen Umno Gombak,telah dipilih oleh Datuk Seri Mohd Najib sebagai calon Ahli Parlimen pada PRU ke:13.Datuk Dr.Rahman Ismail ialah mantan Memberr of Parl;imen Gombak,bagi penggal 2004-2008.

Selaku mantan Ahli Parlimen beliau sudah pasti punya banyak pengalaman sebagai Ahli Parlimen dan dah punya banyak para pengundi yang sedang menunggu-nunggu,menanti-nanti agar beliau come back ke arena politik di kawasan Parlimen Gombak.

Kini,nama beliau telah pun didaftarkan sebagai calon Parlimen yang sah mewakili Umno-BN pada pagi 20 hb.April 2013 dan telah pun diterima secara sah oleh pegawai SPR secara rasmi.

Secara rasminya,Datuk Dr.Rahman ismail dah pun come back. Beliau sudah tentu akan bekerja kuat mendekati rakyat di seluruh kawasan Parlimen Gombak,demi untuk mengulangi kemenangan yang telah beliau capai pada PRU:11, pada tahun 2004 dulu dengan majoriti hampir 13,000 undi.

Nah! Sebahaghian lagi para penyokong Umno yang mengiringi calon-calon mereka masuk ke Dewan SPR untuk menyerahkan borang penamaan calon mereka.
Sesungguhnya,bahawa bulat itu tidak akan datang bergolek.Yang pipeh juga tidak akan datang melayang,jika tidak digerak agar yang bulat itu akan datang bergolek dan yang pipeh itu pula akan datang melayang ke pangkuan anda.

Petua orang tua-tua yang penulis sebut di atas itu, harus dijadi sebagai asas pegangan pada setiap perjuangan kita baik di bidang apa sahaja yang mutlak.Tidak ada seorang insan pun akan menerima gaji harian atau pun gaji bulanan mereka jika tidak mahu bekerja.

Penulis difahamkan bahawa para penyokong Datuk Dr.Rahman Ismail, begitu gembira dan sedang menunggu ketibaan Datuk Dr.Rahman Ismail, ke kawasan mereka sebelum tiba hari mengundi.Mereka mahu bertemu muka dan beramah mesra dengan calon Parlimen mereka sebelum tiba hari mengundi.

Mesti banyak isu yang mereka mahu bangkitkan, jika dapat bertemu muka dengan Datuk Dr.Rahman Ismail.
Dengan kembalinya beliau ( Datuk Dr.Rahman Ismail) di arena politik Gombak terutamanya di Parlimen Gombak? Ia merupakan satu petanda baik buat perjuangan Umno-BN itu sendiri di Gombak.

Datuk Dr.Rahman yang terkenal sebagai mantan ( MP) Gombak pada tahun 2004-2008 dan dikenal oleh para pengundi Gombak,satu-satunya Ahli Parlimen yang suka turun ke padang menemui rakyat di akar umbi melaui gerak kerja yang telah dilakukan oleh Gabungan Ngo-Ngo Gombak sejak tahun 2010 hingga kini, iaitu hingga 2013?
Tenaga kerja wanita Umno bergamabar dengan Datuk Dr.Rahman Ismail yang turut bertanding untuk merebut kerusi Parlimen di kawasan Parlimen Gombak yang terdiri dari calon dari PKR dan seorang calon bebas.

Pendek kata hubungan Datuk Dr.Rahman Ismail dengan Ketua PDM Umno Gombak dan pada pengundi-pengundi di kawasan Parlimen Gombak itu tidak pernah putus.Malah terus menerus erat walaupun di dalam Umno Bahaghian Gombak,beliau hanya memegang jawatn sebagai Ketua Cawangan Umno, di Taman Selayang.

PROGRAM TURUN PADANG MENEMUI RAKYAT DILIPAT GANDAKAN.

Justeru itu, di masa kempen-kempen politik menjelang tiba hari mengundi,pada 05 hb.Meri 2013 ini, Datuk Dr.Rahman Ismail, seharusnya  mesti melipat gandakan lagi program beliau dengan banyak turun ke padang,menemui pengundi-pengundi secara dekat dan mendengar keluhan jiwa mereka selaku rakyat yang marhain.

Bukan setakat pengundi-pemngundi dari ahli-ahli Gabungan Ngo-Ngo Gombak yang mana telah dipoastikan mereka itu layak mengundi sebanyak 35,000 orang itu.

Bahkan beliau harus menemui ahli-ahli Umno, di dalam kawasan Parlimen Gombak,sekaligus menemui pengundi-pengundi yang berada di atas pagar yang besar peratusnya dan golongan ini berpengaruh besar untuk menetukan kemenagan seseorang calon yang bertanding dan dari parti mana pun?

Temuilah mereka.Lontarkanlah senyum mesra Datuk kepada mereka dengan penuh keikhlasan.Kerana senyum itu bukan sahaja merupakan satu sedekah? Bahkan senyum simpul itu juga merupakan satu ibadah yang mana ganjaran pahalanya sangat besar di sisi Allah SWT.

Sebagaimana dengan tenaga kerja wanita begitu gembira dapat bergambar bersama Datuk Dr.Rahman Ismail, calon Umno-BN bagi Parlimen Gombak.Maka tenaga  kerja dari para pemuda pun tidak mahu terlepas peluang bergambar dengan Datuk Dr.Rahman Ismail, sebagai tanda kenang-kenangan di hari penamaan calon itu.
Dengan sering-sering Datuk berbuat begitu? Sudah pasti pengundi-pengundi itu akan merasa dihormati, sangat lega hati dan gembira? Sebagai balasannya? Tidak mustail rakyat di kawasan Parlimen Gombak itu sendiri,tanpa banyak kerenah...dan tanpa banyak fikir-fikir akan mengambil keputusan yang bijak.

Insya Allah, pengundi-pengundi itu akan jatuh hati pada Datuk dan akan memilih Datuk sebagai pilihan mereka yang utama, selaku (MP) Ahli Parlimen mereka yang baru,di Gombak, pada PRU ke:13 ini, berbanding dengan (02) dua orang lagi calon yang turut sama untuk mengadu nasib mereeka pada PRU :13 ini.

Pengundi-pengundi Gombak pasti akan menolak calon Parlimen dari PKR dan bebas yang mana mereka benar-benar kenal perangainya bak kacang lupakan kulit. Rakyat Gombak telah membuat nilai terhadap pretasi buruk mereka ketika jadi Ahli Parlimen Gombak, atas tiket PKR pada tahun 2008 hingga 2013.

Tidak mahu turun padang menemui rakyat. Kononnya beliau adalah "law maker". Jumpa rakyat yang mengundi beliau bukan tugas beliau.Talipon dari pengundi-pengundi tidak mahu dijawab dan SMS pun tidak mahu dijawab.

Majlis kematian dan majlis kenduri kahwin jarang-jarang beliau hadir.Hanya menghantar wakilnya yang tidak tahu apa-apa pun.

Penulis adalah bekas Timbalnanya telah mengalami nasib yang penulis sebutkan di atas .Itulah sebabnya penulis telah istiharkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat.Penulis tidak redha undi penulis dan sekeluarga yang telah diberikan kepada beliau dalam PRU ke:12, pada 8 hb.March 2008 dulu itu.Penulis rasa sangat menyesal menyakutakan di ri dengan mereka itu.

PDM-PDM DAN BILIK GERAKAN MESTI  TERUS BERGERAK CERGAS.

Di samping itu,pada semua PDM-PDM Umno yang ada di Bahagian Gombak, sebanyak 47 tempat di semua kawasan di dalam kawasan Parlimen Gombak itu,harus dijaga dengan baik, soal kebajikan mereka ketika bertugas di sana jangan sekali-kali diabaikan.

Makan dan minumnya mereka harus disedikan secara lengkap di setiap bilik-bilik gerakan. Engin kereta kita tidak akan boleh dihidfupkan jika tidak ada petrol di dalam tangkinya? Maka faham-fahamlah dengan isu ini.

Pasukan yang mengiringi Datuk Dr.Rahman Ismail dan 3 lagi calon DUN dari Umno Bahagian Gombak, ada sebanyak 4 pasukan.Dan mereka ini di arahkan masuk ke padang berperingkat-peringkat.Gambar di atas adalah pasukan yang ke 4 sedang berjalan memasuki padang Sek.Men.Kebangsan Sungai Pusu untuk bergabung denagn ribuan orang dari 3 pasukan yang telah masuk ke padang terlebih dahulu.
Tidak boleh dibiarkan bilik gerakan hanya bergelap terutamanya di waktu malam.Pastikan ada tenaga kerja yang bertugas di setiap masa, dibilik gerakan dalam masa 24 jam, sehingga tiba hari mengundi pada 05 hb.Mei 2013.

Kekalahan teruk Umno-BN pada PRU: 12 pada tahun 2008 dulu itu? Berdasar tinjau yang telah penulis lakukan yang membuatkan Umno-BN tewas 4-0 di Parlimen Gombak? Adalah disebakan begitu banyak bilik gerakan tiada petugas, pada siang dan malam.Sunyi sepi tanpa penghuninya.

Entah apakah sebabnya? Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui. Kesalahan dan kealpaan semacam ini? Jangan di ulangi lagi pada PRFU:13 ini,jika benar-benar Umno-BN mahu berkuasa semula di Selangor?

BAJET UNTUK GERAKAN (PDM-PDM DAN BILIK GERAKAN) HARUS CUKUP

Penyelaras Parlimen Gombah,penyelaras di 3 kawasan DUN juga harus bertanggung jawab sepenuhnya berhubung dengan kelancaran tugas untuk mendekati pengundi-pengundi dan bujet kewangan harus cukup.

AZAM DAN HARAPAN CALON-CALON UMNO-BN

Bagi Datuk Dr.Rahman Ismail pula? Jika ditakdirkan oleh Allah SWTbahawa rakyat dan para pengundi di kawasan Parlimen Gombak,akan memilih beliau selaku Ahli Parlimen pada PRU ke:13 ini?

Maka dapatlah beliau menyambung semula, segala kerja-kerja khidmat bakti yang telah beliau lakukan pada rakyat Gombak pada tahun 2004-2008. Jika masih ada tugas-tugas beliau yang masih belum selesai lagi ketika beliau menjadi (MP) Ahli Parlimen Umno Bahagian Gombak dulu?

Menurut Datuk Dr. Rahman Ismail,jika beliau di angkat oleh rakyat Gombak sekali lagi sebagai Ahli Parlimen Umno Bahagian Gombak, pada PRU ke:13 ini? Beliau akan teap bekerja keras untuk kepentingan para pengundi di kawasan Parlimen Gombak itu sendiri.
Add caption Sebahagian lag para penyokong yang mengiringi calaon Parlimen dan calon-calon DUN di Parlimen Gombakg pada paghi semalam.
 Beliau akan memastikan segala longkang-longkang yang tersumbat di sana sini hingga para penduduk mengalami banjir melanda rumah-rumah mereka? Misalnya di kawasan Kerdas 1 hingga ke Kg.Kerdas 4, di kawasan DUN Gombak Setia yang tidak di pedulikan oleh ADUN dan MP Kerajaan (PR) selam berkuasa 5 tahun yang lalu iaitu, dari 2008 hingga 2013?

Datuk Dr.Rahman Ismail,memberitahu penulis berhubung dengan soal itu? Beliau secara tegas telah memberi pengakuan pada penulis. "Jika rakyat yang berada di kawasan Parlimen Gombak memilih saya sebagai Ahli Parlimen Gombak yang baru?" katanya.

Seterusnya beliau memberi pengakuan bahawa beliau akan memberi fokus yang khas tentang isu-isu yang bermasalah di perkampunga Kerdas 1 hingga ke Kg.Kerdsas 4.

"Percayalah, ini bukan janji-janji kosong.Janji-janji oleh Umno-BN pasti akan ditepati," sambungnya lagi.

Apa yang di cakap akan tetap dibikin.Begitu juga dengan isu-isu air yang selalu dilanda kekurangan di masa Gombak dan Selangor diperintah oleh parti-parti (PR). Tok 4 di Kg.Kerdas? Bila dilanda banjir dan kekurangan air, di Kg.Kerdas 1 hingga Kg.Kerdas 4?

Selalu Tok 4 ini telepone penulis minta jasa baik penulis agar untuk tolong mengatasi masalah itu. Dalam hubungan itu penulis telah memberi tahu beliau bahawa yang sedang berkuasa di Selangor ialah kerajaan PR.

Jadi orang yang paling releven untuk di war-warkan masalah itu ialah, pada ADUN-ADUN dan Ahli Parlimen Gombak, PKR/PAS YB Azmin Ali,bukan pada saya orang Umno.

"Pada saya bukan saloran yang betul.Umno-BN telah hilang kuasa di Gombak dan di Selangor.Dari segi undangh-undang tidak boleh buat apa-apa,bukannya tidak mahu tolong,"saya menerangkan pada Tok 4 itu secara ikhlas.

Penulis berbaju biru Hj.Abu Bakar Ninggal(penulis) Ketua Ciber Gabungan NGo-Ngo Gombak dan yang berbaju mereh itu Ayahanda Haji Abd.Rashid ,Ketua Peneragan Gabungan Ngo-Ngo Gombak pimpinan Datuk Dr.Rahman Ismail.Kami ditugaskan menjaga keselamatan penyokong-penyokong yang ramai itu agar tidak melakukan sebarang perbuatan yang tidak baik di perhimpunan yang besar itu.
Beliau takut hendak beritahu ahli perlimen (MP) dan ADUN mereka di dalam (PR)? Tetapi beliau(Tok 4)dilihat begiu sibuk beritahu orang-orang Umno dan menuduh kekurangan air dan banjir melanda Kg.Kerdas 1 hingga Kg.Kerdsas 4 adalah kononya Umno yang sabotaj.

Anih sungguh? Beliau tahu(PR) yang berkuasa di Selangor? Tetapi pada Umno pula ditimpakannya segala
komplin? Lain orang makan nagka,tapi lain oprang pula terkena getahnya? Bangang betul orang-orang (PR).Tidak tahu saloran langsung.

Datuk Dr.Rahman setereus berkata,bahawa beliau memberi pengakuan bahawa beliau akan menjaga agar tanah-tanah Melay reserve dan sebagianya yang ada di Gombak ini? Akan dijaga agar tidak akan jatuh seinci pun pada orang-orang yang tidak berhak menerimanya.

Beliau berazam akan menjaga "geo-politik," Melayu,di Gombak dengan cara akan membina sebanyak-banyak rumah pangsa harga murah di tengah-tengah bandar yang mampu dibeli atau di sewa oleh orang-orang Melayu yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Beliau benar-benar menginsafi bahawa orang-orang Melayu di Daerah Gombak masih banyak yang berpendapatan rendah dan sederhana pendapatan bulanan mereka.

Beliau mahu penduduk Melayu yang berjumlah 74% di Daerah Gombak akan tetap kekal.Malah beliau berharap akan bertamabah peratusnya dari masa ke masa.

Bukannya menghalau orang Melayu berpindah randah ke pinggir hutan seperti yang sedang berlaku pada penduduk di Kg.Keramat,di Jalan Jelatek,di kawasan DUN Hulu Kelang.

Gerombolon demi gerombolon yang telah memasuki ke padang Sek.Men.Kebangsan Sungai Pusu,di Gombak Utara.
Menurut kajian yang dibuat oleh beliau kerajaan (PR) dalam masa 5 tahun mereka memerintah Selangor? Mereka hanya memfokuskan membangunkan rumah-rumah pangsa yang mahal-mahal belaka.P

Sedangkan harga rumah pangsa yang kecil sahaja keluasannya,tetapi harganya ialah RM700,000-00. Orang-orang Melayu sudah tentu tidak mempu membeli rumah pangsa yang begitu mahal harganya.
Ekor mengekor penyokong-penyokong Umno-BN membanjiri pada Sek.Men.Kebangsan Sungai Pusu pada paghi semalam mengiringi calon parlimen dan calon DUN mereka mendapftarkan nama sebagai calon PRU keL:13 di Parlimen Gombak.
Jadi masalah  dan susah bagi merreka untuk membuat pinjaman kepada bank-bank, disebabkan tidak punya kelayakan bagi bank-bank untuk meluluskan pinjaman tersebut akibat pendapatan bulanan yang kecil walau pun digabung dengan gaji isteri.Itu pun jika isteri mereka bekerja?

Datuk Dr.Rahman merasa amat kesal dengan sikap ahli Parlimen dan 3 orang lagi ADUN dari (PR)?Apa yang telah dibuat oleh Ahli Parlimen (MP) dan 3 orang ADUN Gombak dari (PR) yang telah berkuasa di Selangor sejak tahun 2008 hingga 2013?  Kenapa dibiarkan hal serupa  itu boleh terjadi?

Dimana janji-janji anda yang sering berkata bahawa anda adalah kerajaan dari rakyat untuk rakyat?Tetapi anda tidak sensetif terhadap penderitaan yang sedang ditanggung oleh rakyat,khasnya rakyat bangsa Melayu?

Datuk Dr.Rahman Ismail juga merasa kesal kenapa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mahu membinaaa Universiti UiTM sebuah lagi cawangannya di Batang Kali,di Serendah,di Selangor, di atas tanah kepunyaan (Yayasan Basmi Kemiskanan)iaitu (YBK) tetapi tidak di benarkan oleh keraja Selangor (PR).

Kerana kuasa tanah adalah di bawah kuasa kerajan negeri.Maka projek itu terpaksa di alihkan ke Jasin,Melaka. Jadi,rakyat Melayu Selangor yang rugi,tidak punya universiti di Selangor. UiTM di Shah Alam itu adalah Universiti induk dan dipunya oleh kerajaan pusat.
Datuk Dr.Rahman Ismail nombor duaq dari kiri.Sebelahnya ialah Ismail Aziz wakil cxalon dansebelahnya ialah Kpt (B) Mohd Yusof,Naib Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak.
Sedangkan setiap tahun begitu banyak anak-anak Melayu lulus dari sekolah METRIC dan STPM tetapi menghadapi kesukaran untuk dapat tempat di Universiti, disebabkan Unviersiti di Malaysia ini masih tidak mampu menampung kemasukan mereka?

Harus ditambah lebih banyak lagi Universiti yang baru bagi menampung calon-calon siswa/siswi terus bertambah dari tahu ke tahun. Jika Umno berkuasa semula di Selangor Umno-BN akan usahakan tambah lagi universiti di Selangor.

Justeru pada PRU ke:13 ini?  Hari mengundi akan berlangsung pada  05 hb.Mei 2013.Maka di hari itu rakyat Selangor,terutamanya Melayu mesti tolak parti pembangkang ini.Jangan beri mereka peluang lagi.Tidak ada faedah dan menghabiskan beras sahaja.

SOAL RUMAJH-RUMAH DI SELANGOR


Datuk Dr  Rahman Ismail telah memajukan pertanyaan pada parti-parti (PR). Tidakkah anda sedar dengan cara anda membina rumah-rumah pangsa yang mahal-mahal harganya di bandar, seperti di Jelatek,dekat Kg.Keramat?  Bererti anda sendiri yang telah menghalau orang-orang Melayu ke pinggir-pinggir hutan?

Sekaligus secara otomatik,maka orang-orang Melayu,dilihat jadi semakain kecil bilangan mereka yang berada di kota-kota? Bila diadakan Pilihan Raya yang baru? Maka parti-parti yang bukan Melayu telah menang dan menguasai di kawasan bandar begitu ketara sekekali.

Pemimpin jenis apa anda ini? Tidak punya misi untuk mempertahankan kedudukan orang-orang Melayu di kota-kota?

Tidak punya hati perut dan tidak ada rasa kasih dan sayang pada bangsamu sendiri? Apakah pimimpin macam ini mengharapkan rakyat akan pilih kamu lagi? Oh jauh panggang dari api!!!

Oh tidak!Sama sekali tidak!  Jangan kamu harap, parti-parti kamu yang tidak menepati janji-janji itu akan dipilih sekali lagi oleh rakyat memerintah Selangor? Dijauhkan malaikat 44.

Sekali melencong ke ujian? Hingga dunia ini kiamat pun orang-orang Melayu tidak akan lupa perbuatan kamu yang durjana itu?

Majlis penamaan calon-calon untuk merebut satu kerusi Parlimen dan 3 kerusi DUN di Daerah Gombak telah di terima oleh Pengerus Suruhaan Jaya Pilihanraya (SPR) dan keputusannya telah diumumkan pada jam 10.00 pagi  oleh Pengurus SPR sepertti berikut di bawah ini:-


(1). Kawasan Parlimen Gombak,calon-calon yang telah diterima ialah antara:
   
      (1).Datuk Dr.Rahman Ismail ( Umno-BN )

      (2 ).Sdr. Azmin Ali  ( PKR).

      (3). Syed Nazar Abu Bakar ( Bebas ).

(2).Kawasan DUN Gombak Setia calon-calonnya ialah antara:

     (1).Datuk Said Anuar Ahmad (Umno-BN)

     (2). Sdr. Hasbullah Mohd Ridzwan                    (   PAS  )


(3).Kawasan DUN Hulu Kelang calon-calonnya ialah :

     (1).Hj.Abdul Rahim Pandak Kamarudin  ( Umno-BN ).

     (2). Sdr. Saari Sungib     ( PAS ).

(4).Kawasan  DUN  Batu Caves calon-calonnya ialah :

     (1). Sdr. Rawisandran A/L Narayanan   ( MIC -BN)

     (2). Sdr. Amirudin  Shahari              ( PKR )

Berdasarkan dari pengumuman terakhir yang dibuat oleh SPR? Jelas sekali pada Pilihan Raya Umum, pada PRU ke:13 ini, merupakan siri Pilihan Raya Umum yang menyaksikan tidak ada satu orang calon dari parti mana-mana pun yang telah menang tanpa bertanding.

Dari jumlah 222 kerusi Parlimen yang ada bagi Parlimen Malaysia. Maka sebanyak 579 calon-calon Parlimen termasuk 79 orang calon-calon bebas yang mahu mencuba nasib mereka pada PRU ke:13 ini.

Sementara sebanyak 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ada. Sebanyak 1324 orang calon yang mahu mencuba nasib mereka dengan mendaftarkan nama-nama mereka sepanjang tempoh penamaan calon itu pada hari semalam.

Marilah sama-sama kita lihat dan tunggu hingga ke tarikh 05 hb.Mei 2013. Nasib batu akan tenggelam. Nasib sabut akan timbul jika dicampakkan di permukaan air sama ada permuaakn air yang tenang atau pun di permukaan air bergelora.Tuah ayam boleh dilihat pada tajinya.

Tuah manusia tiada siapa yang mampu mengetahuinya kecuali Allah SWT yang Maha Mengetahui yang ampunya dan yang menicipta Alam ini. (Posted by abnmulya at 3.01 am on April 21,2013).



                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       

No comments: