Saturday, April 27, 2013

Mat Taib perlu jawab dakwaan Karpal Singh

Oleh SOFIAN BAHAROM sofia.
baharom@utusan.com.my 

KUALA LUMPUR 26 April - Tan Sri Muhammad Muhd. Taib diminta menjelaskan dakwaan Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa bekas Menteri Besar Selangor itu patut bersara dan tidak layak berada dalam arena politik disebabkan rekod buruk.
Tan Sri Muhammad Mud.Taib

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Yasin berkata, Muhammad perlu memberi reaksi terhadap kenyataan Karpal tersebut atas kepentingan awam.

"Jika Muhammad tidak berani jawab maka apa yang diperkatakan oleh Karpal Singh itu adalah benar. "Mungkin maksud 'rekod buruk' adalah kegiatan rasuah semasa jawatan Menteri Besar Selangor dan Karpal juga wajib meminta Muhammad mengisytiharkan jumlah harta kekayaan beliau dan semua kaum keluarga dan adik-beradik sebelum dan selepas beliau menjadi Menteri Besar," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Jelasnya, Muhammad juga dianggap sebagai ahli UMNO buangan atau reject terutama selepas kalah teruk kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO. Menurutnya, antara penolakan UMNO terhadap Muhammad adalah kerana rekod lampau beliau sendiri.

"Belum pernah dalam sejarah politik mana-mana negara seorang ahli mahu keluar parti sebab menantu tidak dipilih sebagai calon pilihan raya. "Karpal ketawa besar mendengar hajat dan syarat Muhammad yang berhajat sangat untuk melihat menantunya menjadi calon Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Menteri Besar Selangor," ujarnya.(Utujsan online-politik).Posted by abnmulya at1632 hrs on April 27,2013.

No comments: