Friday, April 26, 2013

Pencerobohan Lahad Datu: Kerajaan ada bukti pembabitan tiga pemimpin pembangkang 

ld-postergantungkiram513

Kerajaan mempunya bukti  penglibatan tiga pemimpin popular pembangkang yang dieerpcayai mendalang tyindakan pencerobohan pengganas Kiraqm di Sabah baru-baru ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, mereka terdiri daripada dua pemimpin pembangkang dari Semenanjung Malaysia dan seorang lagi dari Sabah.

Kata beliau, bukti-bukti dari segi perundangan sedang dilakukan bagi membolehkan mereka diheret ke mahkamah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

"Kita mengambil tindakan undang-undang dan semua maklumat itu akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut sebab kalau ambil tindakan secara yang lain, kita akan dianggap bermain politik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Lawatan Kerja Menteri Pertahanan di Kolej Tentera Udara, Kepala Batas Alor Setar hari ini.
 
Ahmad Zahid bagaimanapun tidak mendedahkan nama pemimpin pembangkang tersebut.  
  
Beliau berkata, pihaknya tidak mahu dianggap oleh sesetengah pihak tertentu sebagai permainan politik, maka segala tindakan akan dilakukan sejurus selepas pilihan raya umum ke-13.  
  
"Sesuatu tindakan perundangan hanya boleh dilakukan apabila keterangan dirakamkan, direkodkan, kami dah ada semua itu.
  
"Bila akan diserahkan... tunggu selepas pilihan raya dan tindakan juga akan diambil lepas pilihan raya, kita tidak mahu mereka kata kita bermain politik, jadi kita serah kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengelakkan dicapkan sandiwara politik Umno," katanya.

Sebelum ini, agensi berita antarabangsa, Reuters pada 14 Februari lalu telah mendakwa bahawa pencerobohan kumpulan bersenjata asing di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah berlaku atas jemputan pembangkang di negara ini.

Reuters yang memetik kenyataan seorang pegawai tentera Filipina dilaporkan berkata, kumpulan 150 orang diketuai Azzumudie Kiram itu mendarat di Lahad Datu bagi membincangkan isu tuntutan tanah ekoran jemputan tersebut.

Sementara akhbar dalam talian, The Manila Times pula menerusi koresponden mereka, Al Jacinto, melaporkan, pencerobohan tersebut juga ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan.-26/4/2013(Dari Agenda Daily).Posted by abnmulya at 4.12 am on April,27,2013.

No comments: