Tuesday, April 9, 2013

PRU-13: 153 Gabungan NGO Gombak sokong Najib

Oleh HUSSAINI AMRAN 

Datuk Dr.Rahman Ismail sedang berucap
GOMBAK 10 April - Sebanyak 153 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sekitar kawasan Parlimen Gombak di sini berjanji akan menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Kesemua NGO terbabit yang bernaung di bawah Gabungan NGO-NGO Gombak turut berjanji akan menyokong calon-calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pengerusinya, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail berkata, gabungan yang menghimpunkan lebih 35,000 ahli pelbagai NGO itu akan digerakkan untuk membantu jentera BN.
Tan Seri Zaleha Ismail sedang berucap

"Kami akan memberi penjelasan kepada masyarakat bagi menjawab tohmahan pakatan pembangkang terhadap kerajaan dalam ceramah dan media sosial," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat persiapan terakhir Gabungan NGO-NGO Gombak menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 di Batu Caves di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Penasihat Eksekutif Gabungan NGO-NGO Gombak, Tan Sri Zaleha Ismail. - UTUSAN ONLINE-Terkini-pilihanraya.(Posted by abnmulya at 1.35 am on April 10,2013).

No comments: