Monday, April 8, 2013

PRU-13; 250 ahli PKR Cabang Gombak sertai Umno

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA 
dan NORSHAMIRA AHMAD HARIS 

NOH Omar (tengah) memerhatikan Mazlan Abdul Rashid (depan kiri) memotong kad keahlian PKR sebagai simbolik menyertai UMNO bersama-sama 250 ahli PKR Gombak pada majlis pengisytiharaan keluar PKR di Gombak, Selangor malam tadi. Turut kelihatan Penyelaras Barisan Nasional Gombak Setia, Datuk Said Anuar Said Ahmad (kanan) dan Haji Abu Bakar Ninggal (dua dari kanan). -UTUSAN 


KUALA LUMPUR 8 April - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Gombak yang diketuai Timbalan Presiden, Azmin Ali kini tempang selepas sebanyak 250 ahlinya dengan diketuai mantan Timbalan Ketua Bahagian keADILan,kini disebut Cabang(PKR),Haji Abu Bakar Ninggal dan mantan Ahli Jawatankuasa Cabang, Mazlan Abdul Rashid keluar daripada parti itu.

Serentak itu, kesemua mereka menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar selepas hilang kepercayaan terhadap PKR khususnya Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin.

Haji Abu Bakar ketika ditemui berkata, PKR telah jauh tersasar daripada perjuangan memartabat bangsa, agama dan negara kerana Anwar serta Azmin dilihat meletakkan kepentingan peribadi melebihi segalanya selain turut diselubungi masalah moral yang kronik.

"Kepercayaan saya terhadap PKR, Azmin dan Anwar semakin terhakis sejak beberapa tahun lalu rentetan pelbagai isu yang menyelubungi parti ini. PKR tidak lagi membela bangsa, agama dan negara tetapi hanya ghairah mahu menabalkan Anwar sebagai Perdana Menteri.

"Apatah lagi Anwar dan Azmin juga diselubungi masalah moral. Jadi kami melihat hanya UMNO sahaja dapat membela nasib bangsa setelah kami membandingkan apa yang berlaku di Selangor," katanya dalam Majlis Pengisytiharan Keluar PKR di Batu 10, Gombak, di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE-POLITIK).Posted by abnmulya at at 2.44 am on April 09,2013.

No comments: