![]() |
Tan Sri Annuar Musa ,Penasihat PBSK. |
Jadi kita nak main 'full team', kita nak uji Johor, di 'neutral ground'," katanya ketika ditemui di sini, hari ini. Pada pertemuan di laman sendiri malam semalam, skuad Red Warriors yang menurunkan semua pemain utama, ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama namun bangkit pada 10 minit terakhir babak kedua untuk menjaringkan empat gol.
Mengulas percaturan jurulatih Kelantan, Bojan Hodak yang tidak menurunkan kesebelasan utama pada pertemuan dengan JDT Rabu lalu, Annuar berkata, beliau berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan jurulatih dari Croatia itu.
"Malam tadi kita setujulah (dengan percaturan Bojan) yang meletakkan pemain-pemain utama. Yang tak setuju ni dia simpan pemain dulu. Tapi lepas dia jelaskan kepada saya prioriti dia adalah (perlawanan) ini, kita terima. Bojan dah buktikan dan kita terima alasan dia," katanya.
Akhbar sebelum ini melaporkan Annuar mengecam tindakan Hodak menerusi laman sosial Facebook miliknya selepas Kelantan tunduk kepada JDT 0-2 dalam pertemuan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor. Hodak mempertahankan tindakannya "menyimpan" beberapa pemain tonggak dengan alasan mahu memberi mereka yang cukup bagi menghadapi saingan separuh akhir Piala FA.
Mengulas tegurannya menerusi laman sosial itu, Annuar berkata, beliau sekadar mahu menyedarkan anak buahnya selain membayangkan ada 'durian runtuh' menunggu jika Kelantan mara ke final Piala FA.
"Kita mesti mara ke final sebab kita adalah juara bertahan, dan saya beritahu mereka saya akan beri ganjaran yang cukup besar sekiranya berjaya ke final," katanya. S
Sementara itu, Hodak berkata, keletihan bermain dalam 17 perlawanan dalam tempoh dua bulan menjadi penyebab kepada kemerosotan kualiti permainan dan beliau terpaksa memanfaatkan sepenuhnya pemain tonggak kerana kekurangan pemain simpanan berbisa yang boleh digilirkan.
Akan tetapi katanya, keputusan yang dicatat menunjukkan pemain Kelantan mempunyai kualiti tersendiri kerana masih berupaya mempamer prestasi cemerlang sekalipun keletihan mengharungi jadual perlawanan yang padat. - BERNAMA( Posted by abnmulya at 2033 hrs on Mei 26,2013.
No comments:
Post a Comment