Oleh LILIS SURIANI OMAR
KUALA LUMPUR 26 Mei - Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) membuat laporan polis hari ini bagi membantah cadangan Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk memansuhkan Dewan Negara.
Pengerusinya, Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, dakwaan Karpal kononnya kewujudan Dewan Negara tidak memberi makna selain membazir duit rakyat itu disifatkan sebagai angkuh dan tidak berasas.
"Kenyataan yang dikeluarkan Karpal akan merosakkan sistem Perlembagaan yang telah lama diamalkan dan diterima rakyat selama ini.
"Cadangan ini dikhuatiri mampu menimbulkan ketegangan dalam kalangan rakyat dan menggugat keharmonian negara kita," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. - UTUSAN ONLINE-dalam negeri (Posted by abnmulya at 2011 hrs on Mei 26,2013.
No comments:
Post a Comment