Monday, May 13, 2013

Biro Penerangan Umno: Pembangkang Jangan "Melewat" Pemikiran Rakyat

Nombor 2 dari kanan berkemeja putih ialah Datuk Roslan Kasim mantan Ketua Penerangan keADILan pada era mula-mula penubuhannya.Kini beliau sebgai Ketua Penerangan PERKASA turut haidir pada majlis penerangan khas anjuran Ketua Biro penerangan Umno Malaysia untuk menerangkan segala jawapan atas tuduhan dan dakwaan oleh parti pembangkang bersabit dengan PRU-13.
 

Selasa,Mei 14,2013 at 8.15 am
               (Siri : 01)

Semua rakyat Malaysia tahu bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 yang telah beralngsung pada tanggal 05 hb.Mei,2013 itu telah pun selesai selama 9 hari yang lalu dan rakyat Malaysia dah pun menyaksikan bahawa keputusan muktamad PRU-13 itu pihak yang menang dan terus menguasai Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ialah Umno-BN.
Datuk Ahmad Maslan,Ketua Penerangan Umno

KEPUTUSAN KEMENANGAN DI PARLIMEN PADA PRU-13.

Keputusan rasmi yang telah diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia adalah seperti berikut:

Kerusi Parlimen : Umno-BN telah menang sebanyak 133 kerusi Parlimen dari jumlah 222 kerusi semuanya berbanding sebanyak 140 kerusi pada PRU-12 dulu.

Sementara parti-parti dari "Pakatan Rakyat" yang terdiri dari parti PKR/PAS/DAP menanag sebanyak 89 kerusi Parlimen.Ertinya ( PR) telah
berjaya menambah sebanyak 07 kerusi lagi hasil dari keputusan PRU-13 itu,berbanding pada PRU-12 dulu (PR) hanya menang sebanyak 82 kerusi.

Pecahan kemenangan itu adalah seperti berikut::- DAP menang 38 kerusi.PKR menanag 30 kerusi dan PAS menang 21 kerusi. Dari jumlah keputusan yang telah dicapai oleh parti-parti pembangkanag (PR) pada PRU-13 ini,hanya parti DAP dilihat telah mengaut keuntungan yang besar dari pengundi-pengundi terutama dari pengundi-pengundi Cina.

Sekaligus secara mendadak telah berjaya meningkatkan jumlah kerusi Parlimen yang dibolot oleh DAP pada kali ini. Jumlah kerusi sebanyak 38 kerusi berbanding  hanya 28 kerusi pada PRU-12 pada tahun 2008.Ertinya DAP  berjaya menambah sebanyak 10 kerusi lagi dalam Parlimen Malaysia pada PRU-13 ini.
Datuk Zainal Sakom sedang baca doa selamat.

Sementara parti PKR hilang 01 kerusi.Pada PRU-12 dulu PKR menanag 31 kerusi. Sementara PAS pula hilang 02 kerusi Parlimen disebabakan pads PRU-13 ini,PAS menang hanya 21 kerusi sahaja.

Ini merupakan satu tanda yang menurun bagi PKR/PAS berbanding dengan DAP mengaut keuntungan yang besar.

DAP boleh dikatakan telah memonopoli semua pengundi-pengundi Cina,hingga Datuk Seri Najib mengatakan kemerosotan jumlah undi Parlimen yang dimenangi oleh Umno-BN pada PRU-13 ini disebabkan Tsunami pengundi Cina melanda PRU-13 di Malaysia.


KEPUTUSAN KEMENANGAN DI NEGERI-NEGERI PULA

Dengan izin Allah SWT Yang Maha Berkuasa pada sesuatu,maka Umno-BN berjaya merampas semula kuasa politik di Kedah dari tangan (PR). Ertinya,kini (PR) hanya dapat mempertahankan kuasa politik mereka di Selangor,di Kelantan dan di Pulau Pianang.

Di antara sebahagian daripada yang hadir pada petang semalam di Tingkat 2 di Dewan Tun Dr.Ismail,di Bangunan PWTC untuk mendengar penerangan khas bersabit dengan dakwaan dan tuduhan parti pembangkang kononnya banyak poenipuan dan penyelewengan oleh SPR pada PRU-13 baru-baru ini.Majlis anjuran Ketua Penerangan Umno Malaysia.
Hasrat (PR) untuk merampas semula kuasa politik di Perak tidak dizinkan oleh Allah SWT.Kini (PR) punya kuasa politik hanya di 3 negeri seperti disebutkan di ata situ.

Lazimnya semua orang  yang jadi penghuni dunia ini pasti tidak akan berjaya mendapatkan semua apa yang mereka mahukan.Kadang-kadang apa yang kita suka tidak dapat.Tetapi kadang kala apa yang kita tidak suka sabaliknya dia datang sendiri.Itulah yang membuktikan bahawa selaku hamba Allah kita tetap lemah dalam banyak segi.

Allah SWT itu Maha Adil dan Maha Bijaksana.Dia Dzat yang Berkuasa Menentukan atas sesuatu dan membahagi-bahagikan rezeki pada setiap Insan yang sedang berada di dalam dunia ini.

Dari kanan: Yang bertudung itu ialah Tan Seri Datin Paduka Zaleha Ismail,mantan Meneterri Kebajikan Masyarakat dan kini beliau adalah penasihat  Gabungan Ngo-Ngo Gombak, di bawah pimpinan Datuk Dr.Rahman Ismail,calon Parlimen Umno-BN bagi Parlimen Gombak yang tewas, pada PRU-13.Sebelahnya Kpt (B) Yusog Naib Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak.
Dalam pada masa yang sama pihak pembangkang telah melontarkan 08 lagi tuduhan yang mana mereka ada mendakwa kononnya:-

(1). Berlaku penipuan dalam system pengundian negara.

(2).Pembangkang mendapat majoriti undi popular dan layak memerintah. 52% undi memihak kepada Pakatan Rakyat.

(3).Dakwat kekal dapat dihilangkan dengan mudah.

(4).Gangguan bekalan  elektrik semasa pengiraan undi.

(5),Ada beg peti undi dibuanga.

(6).Ada pegawai SPR minta ejen calon tanda tangan  borang 14 sebelum kiraan undi.

(7).Margin kemenangan tipis yang tak sepadan dengan undi rosak.Undi rosak lebih besar daripada margin menang.

(8),Peratus undi pos & undi awal mengatasi margin kemenangan dari undi biasa.

Ekoran dari keputusan seperti yang dihuraikan di atas itu? Maka pihak pembangkang secara kilat telah membuat dakwaan terhadap SPR kononnya berlaku penipuan yang membabitkan pengundi asing dan penipuan dalam kiraan kertas undi.

Semua dakwaan itu telah dijawab oleh SPR dengan menegaskan," Bahawa semua dakwaan oleh pihak pembangkang itu hanya pembohongan bertujuan menimbulkan huru-hara kerana tidak berpuas hati akibat tidak dapat menubuhkan kerajaan dan menawan Putrajaya."
Nombor dua : Dari kiri ialah peguam Datuk Zulkifli Noordin,calaon Umno-BN Parlimen Shah Alam, tewasa pada Khalid Samad calon PAS pada PRU-13 tanggal 05/05/2013.
Menurut SPR bahawa jumlah kerusi tentukan kerajaan,bukan udi popular.Malaysia amal sistem "First Past The Post'sejak dulu iaitu,sejak Malaysia mencapai Kemerdekaan Tanah Air bermula pada tahun 1957 dulu.

Sekaligus system itu juga yang telah Datuk Seri Anwar Ibrahim gelomangkan dirinya bersama-sama Umno-BN selama 16 tahun lamanya iaitu, di ketika beliau berada di dalam Umno-BN ketika mana beliau masih memegang jawatan Menteri hingga ke jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Dua dari kanan berbaju hitam itu ialah wakil Umno dari Sabah.
Ertinnya Datuk Sri Anwar telah bergelumangan dengan syatem " First Past The Post" lebih kurang 3 penggal Pilihan Raya Umum Malaysia.

Kenapa ketika itu tidak beliau timbulkan dan membuat dakwaan itu dan ini...nyap aje...? Kini ketika dah jadi pembangkang? Dilihat banyak sangat sunggelnya?Kenapa???  Kenapa kini jadi? "Bonggal Babanar?" kata orang-orang banjar.

BIRO PENERANGAN UMNO ADAKAN MAJLIS  PERJUMPAAN KHAS

Ekoran dari dakwaan dan tuduh-tuduhan yang merupakan tuduhan pembohongan oleh pihak pembangkang  berhubung dengan PRU-13 itu? Maka Biro Penerangan Umno Malaysia telah mengadakan satu majlis Perjumpaan Khas Penerangan dan Keselamatan dan Isu-Isu Semasa,di Dewan Tun Dr.Ismail,di Tingkat  2,di Bangunan PWTC, pada tanggal 13 hb.Mei 2013 bermula pada jam 2.00 petang semalam.

Para tetamu yang dijemput ke majlis peneragan khas itu ialah,terdiri dari Ketua-Ketua Penerangan Umno di seluruh Malaysia iaitu perwaklian dari bahagian-bahagin Umno dan juga wakil-wakil penerangan dari badan-badan Ngo.Penulis mewakili Gabungan Ngo-Ngo Gombak.

Dewan Tun Dr.Ismail,di Tingakt  2 yang sederhana luasnya itu telah penuh sesak dihadiri oleh para peserta dari parti Umno itu sendiri dan juga wakil-wakil dari badan ngo-ngo di Wilayah Persekutaun dan juga seluruh Selangor.

Di taksirkan lebih dari lima ratus orang ramainya termasuk calon-calon Parlimen Umno-BN yang baru menang dan ada juga calon yang baru kalah pada PRU-13  yang telah berlangsung pada 05 hb.Mei,2013.

 PEMBANGKANG JANGAN "MELEWAT" PEMIKIRAN RAKYAT

Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN dan merangkap Ketua Penerangan Umno Malaysia YB.Datuk Ahmad bin Maslan, pada ucapanan mukadimahnya memulakan penerangan di petang semalam itu telah menerangkan bahawa  tujuan  Majlis Penerangan khas di adakan pada petnag ini di sini.

Tujuannya  ialah tidak lain dan tidak bukan, semata-mata mahu memberi penerangan tentang segala tuduhan dan dakwaan yang telah dilemparkan oleh pihak pembangkanag terhadap SPR yang mana pembangkang telah mendakwa dan menuduh kononnya banyak telah berlaku penipuan oleh pihak SPR pada PRU-13 itu.

Menurut  YB Ahmad Maslan, bahawa saegala dakwaan dan tuduhan itu adalah palsu dan fitanah dan segala dakwaan dan tuduhan itu telah pun beliau jawab dan telah pun diedarkan kepada semua akhbar-akhbar tempatan dan malangnya hanya akhbar Berita Harian sahaja yang telah menyiarkannya.

Lain-lain akhbar setakat ini dilihat masih belum lagi menyiarkan Kenyataan Media saya yang bertajuk "Pembangkang Jangan "Melewat" Pemikiran Rakyat. .

Teks Kenyataan Media itu ada kami bekalkan kepada anda di dalam "bag  plastik' yang mempunyai simbul dacing berserta dengan cogan kata Umno-BN "Rakyat didahulukan"

Beliau  berkata, anda adalah sebagai orang-orang yang bertanggung jawab berhubug dengan penerangan kepada semua cawangan-cawangan Umno dan juga ketua-ketua penerangan dari Badan-badan Ngo, diminta memberi kerjasama dan penerangan kepada penyokong-penyokong dan pengudi-penundi Umno-BN khas dan juga kepada para pengundi disebelah pihak sana iaitu pembangkang umumnya.

Berdiri tegak sedang menyanyi lagu kebangsaan negara
Bahawa semua tuduhan-tuduhan dan dakwaan penipuan yang dibangkitkan menerusi Media Sosial  pembangkang itu? Semuanya ia merupakan persepsi yang berbau fitnah dan bohong dari pembangkang itu sendiri? Sebenarnya  tidak betul dan merupakan fitnah belaka.

Pembangkang cuba menggelirukan rakyat

Menurut YB Ahmad Maslan,sejak beberapa tahun lalu pembangkang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengelirukan rakyat, dengan menimbulkan keraguan dan menghasut rakyat supaya tidak mempercayai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan pelbagai tuduhan yang karut marut.

Matlamat mereka adalah untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan menjadi pemerintah dalam slogan "Road to Putrajaya".
Mereka pun sedang menyanyikan lagu kebangsaan negara
Terkini selepas gagal menanam  keraguan dan menghasut kebencian rakyat ketika berkempen dan pengundian dalam Pilihan Raya ke-13 (PRU-13), pembangkang telah mengadakan Himpuna Bantah PRU-13 yang bakal bersambung beberapa siri himpunan.

Mereka tidak sabar untuk menunggu rakyat mengundi pada PRU-14 dalam masa 5 tahun lagi. Mereka bimbang kebencian  dan hasutan itu terhakis daripada penyokongnya dan setengah pihak.


Peruntukan Perlembagaan Pesekutuan:
Hak rakyat memilih Menerusi Pilihan Raya,Bukan Himpunan.

Pendekatan masih sama iaitu, dengan cara terus hendak mengelirukan rakyat dengan cara menggunakan pembohongan dan mengelirukan kononya berlaku "penipuan besar-besaran" oleh SPR pada PRU-13 .

Atas alasan itu pembangkang mengajak rakyat mengadakan bantahana, himpunan demonstrasi jalanan untuk menukar kerajaan,tetapi cara ini adalah tidak demokratik dan tidak mengikut lunas-lunas undang-undang.

Perlembagaan negara menetapkan proses menentukan parti memerintah adalah menerusi pilahan raya,bukan menerusi himpunan,bantahan atau demonstrasi.

Proses pilihan raya yang sama jugalah yang pernah membolehkan bebas rakyat memilih pembangkang memerintah Pulau Pianag,Selangor dan Kelantan,Demikian juga  sistem demokrasi ini jugalah yang memberi kebebasan rakyat memilih BN meneraju Kerajaan Persekutuan bagi mengurus tadbir negara.

Kebebasan bersuara dan hak berhimpun secara aman adalah hak yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undnag-undang ,tetapi bukan sebagai proses pemilihan parti memerintah. Pembangkang sepatutnya memahami dengan jelas Perlembagana negara dan proses demokrasi yang diamalkan oleh rakyat negara ini dan menghormati keputusan rakyat Malaysia menerusi PRU.

Sistem yang sama digunakan di negara-negara Komanwel,termasuk Australia yang sering menjadi rujukan pembangkang,malah di Singapura dan Britain.
Petisyen Sebagai Bantahan Keputusan PRU.

Himpunan  aman dan demonstrasi jalanan tidak wajar disalah gunakan,sebaliknya bantahan terhadap proses pilihan Raya hendaklah dibuat menerusi pilihan raya.Menurut pe\rkara 118 Perlembagaan Persekutuan, pemilih ke dewan rakyat atau Dewan Undangan Negeri tidak boleh dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya yang difailkan ke Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa di tempat pilihan raya itu diadakan.

Petisyen adalah hak rakyat.Semua dakwaan dan bukti boleh dibentangkan untuk diadili oleh Mahkamah. Sistem mahkamah Malaysia inilah yang selam ini Pernah memberi peluang kepada pembangkang  mahu pun BN untuk mendapatkan hak perbicaraan dan keadilan.

Timbalan Pengerusi  SPR Datuk Wira Wan AhmadnWan Omar sudah pun menjelkaskan petisyen itu boleh dibuat dalam tempoh 21 hari daripada tarikh keputusan pilihan raya diwartakan. Menurutnya SPR dijangka selesai mewartakan keputusan PRU -13 dalam masa dua minggu. Petisyen boleh dikemukakan di mahkamah tinggi di negeri masing-masing dan akan diselesaikan dalam masa 6 bulan.

Pada PRU  2004 SPR menerima lebih 30 petisyen berhubung keputusan  PRU dan petisyen paling banyak diterima pada PRU 1999 yang membabitkan 40 petisyen.Pada PRU 2008,hanya 26 petisyen dikemukakan sedangkan ketika itu berlaku tsunami politik yang tidak berpihak kepada BN.

Sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab perbuatan rasuah atau sebarang salah laku yang mungkin menjejaskan pilihan raya,ketidak patuhan undang-undang dan peraturan pilihanraya.  

Undi Popular Bukan  Penentu Kepoutusan PRU.

Sebaliknya  pembangkang kini mendakwa mereka menang dan layak memerintah berdasarkan undi popular kerana telah memperolehi jumlah undi yang lebh tinggi daripada BN.

Sedangkan undang-undang Malaysia menetapkan proses pilihanraya berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi,bukan juml;ah undi popular. Berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi kumpulan majoriti di Dewan rakyat layak meneraju Kerajaan Persekutuan,manakala majoriti di dalam Dewan Undangan Negeri akan menghurus tadbir sesebuah Kerajaan Negeri.

Pada PRU-13,pada 05 Mei 2013 lalu, BN telah berjaya menguasai  majoriti Dewan Rakyat dengan memenangi 133 kerusi Parlimen dan menawan semula Kedah dan Perak apabila menguasai majoriti kerusi dua Dewan Undangan negeri berkenaan.Umno sendiri  kerusi Parlimen daripada 79  kerusi kepada 88 kerusi Parlimen.

Oleh itu pembangkang yang sering mendakwa mereka pandai dan layak memerintah sepatutnya faham undang-undang negara ini dan jangan memalukan diri sendiri.Jangan meliwat pengetahuan dan akal sendiri. Malulah sedikit dan hormatilah rakyat.

Setiausaha SPR Datuk Kamarudin Baria menjekaskan,BN telah berjaya meraih 47% undi popular.Manakala Pkr 20%.dap 15.4% DAN pas 14.5%.  Jika dijumlahkan hanya 49.9%. (Berambung ke Siri:02).Posted by abnmulya at 8.15 am on Mei 14,2013.



No comments: