![]() |
Karpal Singh |
Sehubungan itu, tambahnya, pemimpin DAP tersebut perlu bersedia dan menerima tindakan pihak lain yang mendedahkan kepincangan parti itu apatah lagi perkara berkenaan dilakukan bekas pemimpin dan ahli DAP sendiri.
"Saya sokong tindakan Tunku Abdul Aziz 100 peratus. Sekiranya Karpal dan DAP tidak melakukan perkara seperti didedahkan menerusi beberapa siri kenyataan Tunku Abdul Aziz sebelum ini, kenapa mereka perlu berasa takut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
![]() |
Tunku Abdul Aziz tidak gentar dengan ugutan Karpal itu. |
Dalam pada itu, bekas Setiausaha DAP Kampung Baru Balakong, Tan Chew Wah menyelar tindakan Karpal yang dilihat sebagai usaha terakhir mengunci mulut Tunku Abdul Aziz.
Katanya, Karpal tidak sewajarnya berbuat demikian memandangkan DAP selama ini sering mendabik dada kononnya menjadi parti yang mengamalkan demokrasi.
"Mahu dedahkan silap orang lain boleh, tetapi apabila ada orang lain mahu dedah salah dan rahsia sendiri, mereka melompat dan mahu saman.
"Ini sikap dwi standard yang diamalkan DAP. Mereka takut agenda yang direncana diketahui rakyat," katanya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya at 10.1 am on Mei 21,2013.
No comments:
Post a Comment