Oleh ANGELINA SINYANG:
Ahmad Zahid Hamidi bersama Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar (kiri) diiringi Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (kanan) ketika melakukan lawatan kerja ke Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN
KUALA LUMPUR 20 Mei - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memastikan tiada campur tangan politik dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membolehkan pasukan keselamatan itu melaksanakan tanggungjawab menguatkuasakan undang-undang dengan lebih berkesan.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, hasil perbincangan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, kedua-dua pihak bersetuju bahawa PDRM perlu melaksanakan penguatkuasaan undang-undang tanpa ada campur tangan politik.
Selain itu kata beliau, KDN akan menerapkan konsep amat perlu usaha pencegahan lebih awal diambil sebelum berlaku insiden yang tidak diingini.
"Apa yang akan dilakukan oleh PDRM adalah tidak akan ada campur tangan politik daripada kami berdua iaitu saya dan timbalan menteri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
"Kami akan arahkan PDRM agar menguatkuasakan sepenuhnya undang-undang mengikut akta yang ditetapkan dalam bidang kuasa pasukan keselamatan itu," katanya dalam sidang akhbar sempena lawatan kerja kali pertama sebagai Menteri Dalam Negeri ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini. - UTUSAN ONLINE(Urtusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya at 10.43 am on Mei 21,2013.
No comments:
Post a Comment