Friday, May 3, 2013
Mampukah PAS pastikan Islam,Melayu terbela? :Dengan hanya meletakan calon Parlimen 73 orang dan berapa menang belum tahu....?
Oleh: Hj.Abu Bakar Ninggal
Sabtu,Mei 04,2013 at 11.17 am.
Menjelang sehari lagi tibanya hari mengundi pada PRU-13 ini! Menerusi Harakah Daily, bertarikh 04 hb.Mei 2013 maka terpampanglah gambar Haji Hadi Awang dan Nik Aziz Nik Mat (gambar bawah) sedang berdoa.
Dalam konteks, pada hari esok, tibalah masanya hari mengundi,maka selaku pemimpin besar PAS,mereka berdua ini telah memberi jaminan bahawa:
"Pas memberi jaminan akan mempastikan Islam dan Melayu terbela sepenuhnya dalam Pakatan Rakyat jika ia mendapat mandat mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 ini."
Jaminan ini diberikan oleh dua pemimpin tertinggi PAS iaitu Datuk Seri Tuan Guru Hadi Awang, Presiden Pas dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am Pas dalam kenyataan berasingan mereka.
"Saya dengan ini,memberi jaminan sekiranya Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya,maka Pas akan terus menjunjung kemulian Islam dan memastikan kedaulata Raja-Raja Melayu sebagai tunjang sistemn Raja Perlembagaan." kata Tuan Guru Nik Aziz dalam kenyataannya.
"Pas akan memastikan kepentingan Melayu dan Islam terjaga dengan baik dalam Pakatan Rakyat tanpa sedikit pun mengganggu atau bertindak tidak adil kepada mana-mana pihak," kata Tuan Guru Abdul Hadi pula dalam kenyataannya.
"Maka kewujudan agency dan entiti seperti UiTM,MARA,Tabung Haji dan lain-laian akan terus diperkukhkan sesuai dengan tuntutan masa untuk menghadapi cabaran yang semakin sengit di dunia luar," tegas beliau.
KENYATAAN MENAGIH UNDI! HANYA OMONG KOSONG.....
Mengikut undang-undang demokrasi? Jika ada beberapa Buah parti bergabung dan bekerja sama seperti yang dilakukan oleh PKR/PAS/DAP untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13? Katakan bersesuai dengan angan-angan Mat Jeninnya? Maka kita ikutlah ramalan mereka itu kononnya benar...
Maka Pakatan Rakyat akan menang simple majoriti? Maka berkuasalah PR mengambil alih pemerintahan pusat yang berpusat di Putrajaya.Pada PRU-13 ini Pas hanya meletakan calon Parlimennya 73 kerusi.DAP 53 kerusi dan yang lebihnya PKR sebanyak 96 kerusi.
Dari jumlah kerusi Parlimen yang Pas bertanding itu pada ramalan banyak peramal tempatan yang arifbillah? Jika Pas hendak dapat separuh pun suasah.Paling tinggi Pas boleh menanag antara 28-30 kerusi.Sementara DAP dari jumlah 53 kerusi itu?
Sekurang-kurangnya DAP mungkin dapat 35 kerusi.Sementara PKR dari jumlah 96 kerusi itu? Paling tinggi PKR akan menanga 35 kerusi itu pun sudah baik. Jika dicampurkan semuanya PR hanya baru mendapat kerusi dalam Parlimen 100 kerusi.
Jika PR hendak merampas kuasa politik dalam Parlimen Malaysia secara simple majoriti? Maka PR terpaksa mendapat sekurang-kurangnya sebanyak 112 kerusi dalam Parlimen.
Mampukah PR yang sentiasa bercakar-cakaran itu mendapatkan jumlah kerusi tersebut dalam keadaan prestasi politik Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Umno-BN begitu mendadak naiknya ketika menjelang tibanya hari mengundi esok pagi iaitu pada 05 Hb.Mei 2013.?
Katakanlah PR mampu menguasai Parlimen Malaysia dengan simple majoriti? Tapi kedudukan PAS di dalam gabungan yang tidak rasmi itu merupakan golongan yang tercorot sekali.Ertinya Pas berada di dalam kerajaan PR dengan suara yang paling kecil seperti yang berlaku di Selangor pada PRU-12 dulu.
Daripada jumlah kerusi yang dimenangi oleh PR di selangor? Maka Pas hanya punya 8 kerusi dan tridak mempunyai "bargain power"di dalam kerajaan yang diteraju oleh PKR yang punya suara majoriti dan ditokok tambah pula dengan suara dari DAP yang boleh dikatakan sehaluan dengan PKR itu sendiri.
Dengan kata lain, kedudukan Pas di dalam kerajan PR di Selangor,boleh dikatakan sebagai melukut di tepi gantang dan tidak mempunya "bargain power" untuk menolak atau pun mencadangkan sesuatu dari idea daya usaha Pas.
UNTUK MEMBINA UiTM BARU DI SELANGOR?
Sebagia contohnya, dalam masa Pas berada di dalam Pakatan Rakyat memerintah Selangor sejak 08 hb.Mac,2008 hingga 2013. Pada satu peringkat Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mahu mendirikan satu lagi cawangan universiti UiTM di Batang Kali,di Selangor,di atas tanah Yayasan Basmi Kemiskian (YBK)?
Disebabkan kerajaan Pakatan Rakyat tidak mahu kerajaan pusat dapat kredit atas usaha hendak menambah lagi satu universiti yang menampung 100% anak-anak Melayu dan Bumiputra lain? Maka kerajaan PR tidak membenarkannya di mana Pas ada 8 kerusi di dalam DUN kerajaan PR di Selangor,tidak berbuat apa-apa,diam membisu saeribu bahasa.
Sedangkan di dalam ceramah-ceramah politik Pas kedengaran suaranya di mana-aman sahaja begitu lantang sekali.Bersemburt-sembur air liur penceramahnya ketika berpidato isu politik di atas pentas-pentas ceramah yang memang jadi kegemaran pada ahli-ahli politik Pas.
Ini sudah jadi satu bukti! Bahawa Pas tidak berdaya untuk melakukan sesuatu walau pun untuk kepentingan anak Melayu yang seagama dan sebangsa dengan PAS.Justeru itu macam mana pengundi Melayu hendak percaya dengan janji Pas yang dibuat oleh Hadi Awang dan Nik Aziz kononnya jika PR berjaya ke Putrajaya? Maka Pas akan mempertahankan ini dan itu menabur janji-janji.
Sedangkan jika unversiti UiTM itu telah siap dibina? Maka boleh menampung anak-anak Melayu masuk ke Universiti UiTM yang baru itu beribu-ribu orang RAMAINYA pada peringkat awalnya dan akan meningkat berpuloh ribu seterusnya.Tetapi Pas tidak mampu menolong Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menjadikan impiannya untuk membina satu lagi UiTM jadi kenyataan.
Jadi di mana ada logiknya dan macam mana rakyat Melayu hendak yakin kepada janji-janji Pas kononya kepentingan Melayu terjaga dengan baik jika PR berkuasa di Putrajaya?
Kononnya kewujudan agency seperti UiTM dan MARA akan terus diperkukuhkan. Tidakkah Pas sedar jika Pas menggunakan bargain powernya menekan PKR/DAP untuk membenarkan kerajaan Pakatan Rakyat membenarkan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia(Kerajaan Pusat) membina Universiti UitM di Batang Kali?
Betapa besar manfaatnya untuk anak-anak Melayu kita yang kebanykannya miskin. Kenapa Pas membisu dalam isu tersebut dan tidak melakukan sesuatu? Bagaimanakah janji-janji Pas itu boleh dipercayai? Kononnya hendak menjaga dan mempertinggikan lagi taraf hidup Melayu.
Pada hemat penulis sukar hendak dipercayai kebenarannya segala-gala kata-kata dan janji-janji dari Pas itu.
Kenapa Pas mudah lupa pada janji-janji ketika Pas yang berada di dalam PR berkuasa di Selangor? Kini berjanji lebih besar lagi jika berjaya ke Putrajaya pula.Isu yang kecil-kecil Pas tidak mampu hendak tolong selesaikan?Apatah lagi isu yang besar-besar? Jadi Pak turut itu bolehlah....
Tidakkah Pas sedar? Jika UiTM dapat dibina di Batang Kali,Selangor itu? Berapa banyak anak-anak Melayu di Selangor dan dari lain-lain negeri di dalam Malaysia akan dapat memasuki ke universiti itu terutamanya anak-anak Melayui dari kampung yang ibu bapanya miskin.
Setakat ini hanya di UiTM sahaja satu-satunya Universiti tempatan yang mengenakan bayaran paling murah dalam banyak perkara di universiti tersebut.Baik pembayaran kemasukan dan sebagainya.
Betapa ruginya anak-anak Melayu setelah kerajaan Pakatan Rakyat yang mana Pas adalah salah satu daripada parti komponanya tidak berbuat apa-apa tentang penolakan Kerajan Pakatan Rakyat Selangor itu.
Hanya kebenaran sahaja yang diperlukan kerana isu tanah dikuasai oleh kerajaan negeri. Seperti lakar pelan dan sebagainya mesti diluluskan oleh kerajaan negeri.Sedangkan ongkos membina universitu UiTM itu ditanggung oleh keraja pusat keseluruhannya.Kenapa isu pelajaran anak-anak bangsa di politikan?
Soal yang begitu kecil Pas tidak punya "bargain power" untuk menekan kerajan PR agar beresetuju? Aaptah lagi pada isu yang begitu besar? Cakap dan janji politik memang senang. Hanya memerluka gerak bibir atas bibir bawah bawah dan lidah manusia sahaja.
Tetapi untuk mengkotakan janji itu ditepati walaupun salah dan berdosa dari hukum Islam dimungkiri? Tetapi manusia akan melakukannya kerana sesuatu yang mendesak.
TOP-TOP BUAT JANJI BARU PULA...
Top-top menjelang hari mengundi PRU ke-13? Iaitu esok hari pada 05 hb.Mei 2013. Haji Hadi Awang yang hingga kini masih belum menarek kenyataan bersama tentang Kalimah Allah yang dibuatnya secara luas menerusi masa media dan Nik Aziz pula melakukan "corner baring" setelah bersetuju membenarkan kalimah Allah boleh dicetakdi dalam Bible versi Melayu dalam kitab Bible penganut agama lain setelah Majlis Syurah membantahnya?
Tiba-tiba pada hari ini, masih tega dan masih berani berkata dan berjanji kononnya akan terus menjunjujng kedaulatan Islam dan Raja-Raja dan Hadi Awang pula membuat janji kononnya kewujudan agency seperti UiTM dan MARA akan terus diperkukuhkan demi untuk mendpat undi dari orang-orang Melayu pada esok hari?
Kenapa Tok guru-guru ini dilihat begitu mudah sangat lupa atas kealpaan dan kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka ataupun sengaja buat lupa? Apakah mereka menyangkan bahawa rakyat Melayu yang kuat imannya akan mudah lupa atas segala gelagat serong yang telah mereka lakukan itu baru-baru ini? Oh tidak! Rakyat tidak mudah lupa!Masih segar pada ingatn mereka.
Tidakkah Hadi Haji Awang dan Nik Aziz Nik Mat dah lupa dengan pesanan Rasulullah SAW dalam Sabdanya di bawah ini?:Selaku Tok Guru penulis rasa tentu sekali kedua Tok Guru ini tidak mudah lupa.....
"Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia mengucapkan kata-kata dan janji-janji yang baik atau diam saja."(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Bicaralah yang baik jika kamu mahu angkat bicara. Sedang kalau tidak dapat berkata,atau berjanji dengan baik, ya jangan bicara,sebab berbahaya.Dan jangan sebaliknya.Walau bicara tidak elok,atau daripada tidak berbicar saja walau pun buruk. Itu tidak betul.
Yang benar Sabda Rasulullah itu,iaitu,lebih baik diam jika tidak bisa berbicara dan berjanji yang baik.Maka sebagai seorang yang beriman,kemudian taqwa bicaralah yang baik-baik sahaja.Yang jelek jangan sampai diucapkan.Kalau bicara,berjanji itu sukar hendak ditepati.Diam saja itu lebih utama bagimu.
Dan itulah pula merupakan amal soleh yang amalan yang tinggi nilainya.Teranglah di sini bahawa di antara tanda-tanda orang itu bertaqwa? Adalah berbuat kebaikan dalam hal adalah perkataan yang baik. Pembicaraan yang bagus ini tentu diwarni dengan senyum bibir dan muka yang jernih.Aaplagi diajarkan di dalm Islam bahawa senyum tawa adalah termasuk amal kebaikan.(Posted by abnmulya at 11.17am on Mei 04,2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment