Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my
NAJIB Tun Razak melambai tangan kepada orang ramai ketika menghadiri Majlis Sarapan Pagi Bersama Perdana Menteri di Dengkil, Sepang, Selangor semalam. Turut hadir calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sepang, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed serta tiga calon BN Dewan Undangan Negeri, Ng Chok Sin (Sungai Pelek), Nisman Yusuf (Tanjong Sepat) dan Shahrum Mohd. Sharif (Dengkil). - UTUSAN/ZAKI AMIRUDDIN
KUALA LANGAT 3 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional (BN) telah bersedia untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negeri ini daripada pakatan pembangkang Ahad ini.
Najib yang juga Pengerusi BN Selangor berkata, keyakinan itu berdasarkan kebangkitan perasaan rakyat di saat kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang berbaki satu hari setengah ini yang dilihat cukup baik.
Malah, keyakinan itu juga jelas beliau, didorong semangat serta komitmen yang ditunjukkan oleh jentera-jentera BN di negeri ini bagi menjamin kemenangan calon-calon yang bertanding termasuklah di kawasan Parlimen Kuala Langat.
"Kita (jentera BN) sudah bekerja selama lima tahun. Mungkin empat tahun kerana satu tahun kita dalam kejutan dan kesedihan (BN kalah di Selangor pada tahun 2008).
Bagaimanapun, kita bangkit dan pulih semula serta bersiap sedia untuk mengambil alih pimpinan kerajaan selangor.
"Saya tengok mood (perasaan pengundi terhadap BN) cukup cantik dan kita ada masa sehari setengah lagi (sebelum pilihan raya Mei). Buatlah kerja-kerja sebab rakyat sudah sangat yakin dengan dasar transformasi nasional.
"Selama ini kita telah lakukan banyak program yang mana rakyat telah dapat banyak faedah. Yang penting sekali ialah masa depan negara kita dan kita mesti yakinkan kepada rakyat tidak ada pilihan yang lebih baik selain daripada Barisan Nasional," katanya.
Najib berkata demikian ketika berucap di hadapan hampir 1,000 hadirin pada Program Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Parlimen Kuala Langat di sini hari ini.
Yang hadir sama ialah calon BN Parlimen itu, Kapten (B) Saharuddin Omar dan tiga lagi calon BN yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen itu, Zurihan Yusof (DUN Sijangkang); Tan Cheng Chai (DUN Telok Datok) dan Hasiman Sidom yang bertanding keruasi DUN Morib.
Dalam hubungan ini, Najib turut meminta jentera BN dan rakyat keseluruhannya supaya mengekalkan Putrajaya di bawah BN termasuklah Selangor sendiri pada pilihan raya umum ini.
Ini kerana katanya, terlalu banyak masalah yang akan berlaku sekiranya pentadbiran peringkat Pusat tidak selari dengan pentadbiran kerajaan negeri.
"Kita semua telah lalui lima tahun ini, kita tahu bagaimana azabnya kita nak lakukan banyak perkara (untuk rakyat). Malah, banyak juga pihak yang tidak mendapat pertimbangan adil dan saksama apatah lagi kegagalan mereka (pakatan pembangkang) tunaikan janji-janji 2008.
"Terlalu banyak, bersepah-sepah janji mereka. Yang tinggal adalah janji sahaja...atas kertas, manis dimulut tetapi tidak menjadi kenyataan," tegas Najib yang turut menyatakan BN akan pasti menunaikan janji yang dibuat kepada rakyat.
Dalam perkembangan lain, Najib yang juga Pengerusi BN turut mengumumkan berita baik kepada rakyat apabila bersetuju memberi peruntukan lebih RM1 juta kepada Surau Al-Ansar di Taman Seri Medan, Sijangkang di sini untuk dinaik taraf sebagai sebuah masjid.
Terdahulu, Najib menyertai ribuan jemaah menunaikan solat Jumaat di surau tersebut.
Kebanyakan pengunjung juga membaca: (Utusan online-Piulihanraya).Posted by abnmulya at 12.27 am on Mei 04,201.
No comments:
Post a Comment