![]() |
Ketua Penerangan Umno-Datuk Ahmad Maslan |
KUALA LUMPUR 13 Mei - Pakatan pembangkang hanya mendapat kelebihan undi popular di lima negeri iaitu di Selangor, Kelantan, Perak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, persepsi kini disebarkan oleh pembangkang iaitu kononnya melalui undi popular mereka telah menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
"Undi popular mereka cuma 49.9 peratus, undi popular Barisan Nasional (BN) 47 peratus, 3 peratus lagi itu undi rosak dan undi calon Bebas.
"Saya ingin menjelaskan di sini bahawa BN mendapat undi popular di 9 buah negeri melebihi pembangkang yang mendapat undi popular di lima buah negeri sahaja," tegas Ahmad Maslan.
Katanya, daripada lima negeri pembangkang dapat undi popular, jumlah tertinggi datangnya daripada Selangor iaitu satu juta berbanding BN sebanyak 600,000 undi popular.
"Kalau kita lihat perbezaan undi popular ini hanya 400,000 iaitu di Selangor sahaja. Jadi jangan kata seluruh negara menolak BN. Mengikut undi popular kita menang di sembilan negeri dan mereka hanya dapat undi popular di lima negeri," kata Ahmad Maslan.
Beliau ditemui dalam sidang akhbar selepas Majlis Penerangan berkaitan isu Pasca-PRU-13 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Justeru, beliau berkata, dengan hanya kelebihan 3 peratus undi popular pembangkang tidak seharusnya mengatakan mereka layak menjadi kerajaan.
"Itu adalah amat tidak benar kerana kita mengamalkan sistem first past the post. Pihak yang mencapai keputusan maka dialah yang mendapat jawatan itu," jelas Ahmad Maslan. - UTUSAN ONLINE-dALAM nEGERI).POSTED BY ABNMULYA AT 2010 HRS ON MEI,13,2013.
No comments:
Post a Comment