![]() |
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Razal |
KUALA LUMPUR 3 Mei - Berikut ialah intipati wawancara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam program "Mandat 2013" yang disiarkan TV3 malam ini:
* Mandat besar daripada rakyat kepada BN penting untuk membolehkan kerajaan merealisasikan wawasan untuk menjadikan Malaysia negara maju tercapai dalam tempoh tujuh tahun lagi.
* BN mempunyai peluang yang baik untuk mencapai kemenangan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
* Terdapat tanda-tanda rakyat mula kembali kepada BN terutama di negeri-negeri yang ditadbir pembangkang ekoran peningkatan sambutan mereka terhadap BN dan keadaan kehidupan keseluruhan sekarang lebih baik berbanding dahulu.
* Sabah dan Sarawak masih kekal sebagai kubu kuat BN walaupun diserang bertubi-tubi oleh pakatan rakyat.
* Pakatan rakyat sedar ia tidak dapat memenangi PRU13, justeru terdesak sehingga sanggup menggunakan taktik kotor untuk memenuhi impian mereka.
* Pakatan rakyat cuba tanam di fikiran rakyat dan masyarakat antarabangsa bahawa berlaku penipuan dalam proses pilihan raya jika keputusan pilihan raya tidak memihak kepada mereka.
* Rakyat Malaysia tidak harus takut untuk keluar mengundi kerana SPR dan Polis bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan mana-mana pihak cuba membuat kacau pada hari mengundi.
* Pakatan rakyat juga mahu menidakkan kredibiliti dan ketelusan SPR dalam mengadakan PRU walaupun ia telah menjalankan pelbagai pembaharuan termasuk mengguna pakai 15 cadangan pembangkang dalam penambahbaikan sistem pilihan raya di negara ini.
* Polarisasi kaum akibat sentimen perkauman yang dimainkan DAP pada pilihan raya umum ini adalah bahaya kerana ia boleh menggugat keamanan dan keharmonian negara.
* BN ialah parti yang benar-benar bersifat pelbagai kaum kerana BN ialah gabungan pelbagai parti komponen lain dan mengamalkan sikap tolak ansur, mencapai kata sepakat serta dasar yang mengambil kira pandangan semua kaum.
* Kaum India kini semakin yakin dengan BN selepas kerajaan melaksanakan pelbagai program bagi membantu komuniti itu termasuk mewujudkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Hal Ehwal Masyarakat India hampir lima tahun lepas.
* Malaysia merupakan antara negara paling liberal kerana memberi peluang kepada rakyat untuk memilih jenis pendidikan yang dikehendaki untuk anak mereka. - BERNAMA (Uusan online-Berita Terkini-Pilihanraya). Posted by abnmulya at 2309 hrs on Mei 03,2013)..
No comments:
Post a Comment