![]() |
Mohamed Mustafa,Zainal Kling |
"Pakatan pembangkang sepatutnya mencontohi Parti Konservatif di United Kingdom (UK) yang tewasa dalam pilihan raya kepada Parti Buruh walaupun mendapat undi popular,tetapi tidak mempertikaikan keputusan itu.," kata Ketua Kluster Politik,Keselamatan & Hal Ehwal Antara bangsa (MPN),Prof.Datuk Dr.Mohamed Mustafa Ishak.
KUALA LUMPUR 26 Mei - Pakatan pembangkang terus diselar kerana mempertikaikan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dengan memainkan isu undi popular yang memihak kepada mereka walaupun hakikatnya sistem undi berkenaan tidak pernah diguna pakai di negara ini.
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, perbuatan tersebut tidak sewajarnya berlaku memandangkan undi popular bukan amalan Malaysia yang berpaksikan kepada simple majority system (sistem majoriti mudah).
Katanya, pakatan pembangkang sepatutnya mencontohi Parti Konservatif di United Kingdom (UK) yang tewas dalam pilihan raya kepada Parti Buruh walaupun mendapat undi popular, tetapi tidak mempertikaikan keputusan itu.
"Saya tidak rasa mereka (pembangkang) tidak tahu mengenai sistem ini, mereka faham, tetapi sengaja mahu mengelirukan rakyat. Rakyat yang tidak faham memang mudah terpengaruh dengan dakyah seperti ini.
"Bagi rakyat yang faham, mereka akan ketawa sahaja melihat hujah-hujah pembangkang itu. Kita menggunakan sistem jumlah perwakilan di Parlimen, bukannya undi popular," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan pakatan pembangkang menguar-uarkan kepada rakyat bahawa mereka sepatutnya yang memenangi PRU-13, 5 Mei lalu kerana mendapat undi popular.
Sebuah blog, http://syedoutside-thebox.blogspot.com pula mendedahkan bahawa undi popular diterima pakatan pembangkang adalah daripada pengundi Cina yang majoritinya dari negeri-negeri mempunyai populasi besar kaum itu iaitu Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur.
Penganalisis politik, Datuk Dr. Zainal Kling pula berkata, rakyat harus didedahkan dengan kebenaran perkara itu memandangkan pakatan pembangkang sering kali menjadikan undi popular sebagai isu.
Kita perlu mendidik rakyat mengenai amalan sistem pilihan raya di negara ini. Kita tidak pernah guna sistem undi popular untuk menentukan kemenangan sejak negara merdeka lagi.
"Ada beberapa kawasan mempunyai pengundi ramai khususnya di kawasan bandar, ada sedikit seperti di kawasan luar bandar dan jumlahnya tidak sekata. Perkara ini perlu diterangkan kepada rakyat supaya mereka tidak keliru," katanya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya at 9.35 am on Mei 27,2013.
No comments:
Post a Comment