![]() |
| Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Timbalan Perdana Menteri berkata, bedah siasat itu merupakan satu kajian terperinci melibatkan semua kawasan sama ada BN menang dengan majoriti besar atau kalah dengan majoriti kecil termasuk mendapat undi tipis.
"Penambahbaikan akan dilakukan, kita akan buat penilaian besar supaya kita dapat gariskan strategi dan langkah-langkah yang perlu diambil, contohnya kawasan-kawasan yang kita menang, kita akan dapat terus pertahankan kemenangan (pada masa depan).
"Di kawasan yang menang dengan undi majoriti kecil (kita akan kaji) macam mana hendak tingkatkan (undi) dan kawasan yang kalah (kita akan kaji) apa sebab kalah, apa isunya, bagaimana mahu hadapi masa depan dan macam-macam perkara lagi," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada Majlis Kesyukuran dan Penghargaan BN Pagoh di Sekolah Menengah Tengku Temenggong Ahmad, Kundang Ulu, di sini hari ini. Muhyiddin berkata, melalui bedah siasat itu BN akan mengambil langkah dan inisiatif bagi menangani segala kelemahan sebelum mengatur satu strategi baharu bagi memastikan parti dapat mempertahankan kedudukannya pada masa akan datang. - UTUSAN ONLINE -POLITIK( Posted by abnmulya at 1.09 am on June 09,2013.

No comments:
Post a Comment