NOOR HASILAH ISMAIL
Padang Merbok yan nletakkn ya tidak jauh dari Dataran Merdeka. |
Itulah lokasi yang dipilih oleh penganjur Himpunan 505 untuk buat himpunan pada jam 2 petang 15 Jun ini. Pengumuman itu dibuat oleh Pengarah Strategik PKR,Rafizi Ramli dalam sidang akhbar di ibupejabat PKR pagi Rabu.
Bayangkan lokasinya di tengah pusat bandar Kuala Lumpur.Satu himpunan besar sudah pasti akan mengakibatkan kesesakan teruk dan berbagai kesulitan lain.
Penganjur bukan tidak tahu masalah ini semua...tetapi nawaitu untuk ' tunjuk power' dan mau bikin heboh jelas terserlah. Ada pemerhati yang menilai pemilihan lokasi itu nyata satu strategi untuk cetus kontroversi tentang lokasi himpunan dengan pihak berkuasa.
Ini semua taktik biasa bagi mengapi-apikan penyokong pembangkang turun seramai mungkin bila perhimpunan diadakan nanti. Ewah...konon kali ini nak tunjuk mereka ikut peraturan Akta Perhimpunan Aman 2012,Rafizi kata mereka akan hantar notis hari ini yakni 10 hari sebelum perhimpunan kepada pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Juga katanya hajat asal mereka ialah nak buat himpunan itu di Dataran Merdeka. Rafizi beri alasan mereka kemudiannya pilih Padang Merbok untuk elak kena pergi balik berulang kali berunding.
Tujuan himpunan itu,katanya ialah menuntut tiga perkara yakni perletakan jawatan semua ahli Suruhanjaya Pilihanraya ((SPR),adakan pilihanraya semula di 30 kawasan yang didakwa berlaku penipuan dan hentikan sebarang usaha untuk pinda undang-undang pilihanraya dan persempadanan semula oleh SPR.
Cuba fikir mengarut ke tak mengarut...parti-parti dalam pakatan belum pun kemukakan apa-apa petisyen sudah senang-senang nak tuntut pilihanraya semula di 30 kawasan.
Undang-undang ' antah berantah' mana yang mereka pakai.Apa bukti berlaku penipuan.Mahkamah mana yang sudah putuskan benar berlaku penipuan?
Begitu juga dengan kedudukan ahli SPR.Apa bukti mereka tidak laksanakan tugas dengan betul? Lebih teruk lagi himpunan yang dirancang itu jelas melanggar titah Yang Dipertuan Agong semasa hari keputeraan Seri Paduka Sabtu lalu yang minta semua pihak terima keputusan yang sudah dibuat menerusi peti undi pada PRU13.
Seri Paduka mahu agar apa jua permasalahan diselesaikan ikut saluran perundangan yang ada. Namun...nampaknya pembangkang ambil sikap peduli apa. Gara-gara terlalu meroyan dan geram kalah dalam PRU13...mereka fikir boleh langgar apa jua undang-undang yang ada. Melihat pada perkembangan ini sudah boleh jangka segala macam 'sarkas' akan muncul menjelang hari perhimpunan itu...tak kira dimana lokasinya nanti.-5/6/2013- OLEH NOOR HASILAH ISMAIL.(Dari Agenda Daily).Posted by abnmulya at 12.41 am on June 06,2013.
No comments:
Post a Comment