Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin |
Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, UMNO perlu memberi keutamaan kepada usaha memperkukuhkan kedudukan parti terutama selepas prestasi yang ditunjukkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.
"Walaupun kita menghormati proses demokrasi, namun atas kesedaran bahawa kita perlu memperkukuhkan UMNO, mahu melihat agenda transformasi jadi keutamaan dan bukannya politik dalaman, politik pemilihan.
"Atas kesedaran bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak adalah orang yang layak memegang jawatan Presiden UMNO dan Tan Sri Muhyiddin Yassin orang yang layak untuk memegang jawatan Timbalan Presiden UMNO, kita sokong mereka kekal dalam pemilihan akan datang," katanya.
Khairy bercakap demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemuda UMNO di Menara Datuk Onn di sini petang ini.
Katanya, dengan prestasi yang lebih baik ditunjukkan UMNO pada pilihan raya umum lalu berbanding tahun sebelumnya, maka parti perlu terus memperkukuhkan kedudukannya bagi menghadapi PRU-14. Sementara itu, pada mesyuarat itu juga Pemuda UMNO menolak sebarang cadangan untuk menjadikan BN sebagai sebuah parti tunggal.
"Kita tidak menyokong diadakan parti tunggal Barisan Nasional (BN). Kita mahu kekal sebagai parti UMNO yang mewakili ahli-ahli dan juga bangsa yang ada pada hari ini.
"Kita rasakan masanya tidak sesuai untuk kita adakan parti tunggal. Kita mahu perkukuhkan UMNO untuk memastikan prestasi UMNO akan menjadi lebih cemerlang dan boleh menyumbang kemenangan besar BN pada pilihan raya akan datang," katanya. - UTUSAN ONLINE-Politik m*(Posted by abnmulya at 2026 hrs on June 06.2013.
No comments:
Post a Comment