![]() |
| Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor |
Menyifatkan ia terlalu terbuka dan boleh mengundang kesesakan, beliau menasihatkan agar kawasan lain dipilih jika mereka berhasrat meneruskan perhimpunan berkenaan.
"Pada saya, Padang Merbok terbuka dan kita tidak boleh beri kepada mereka (untuk melakukan perhimpunan). Kita ada undang-undang, bukannya tiada. Jadi, mereka perlu akur akan undang-undang itu dengan memilih tempat lain.
"Kalau nak Stadium Merdeka contohnya, cakap sahaja dengan tuan punya, begitu juga Stadium Bukit Jalil," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Bersama Pelanggan Kementerian Wilayah Persekutuan bersama Agensi hari ini.
Beliau mengulas penganjuran perhimpunan `Black 505 oleh pembangkang pada 15 Jun ini di Padang Merbok yang terletak di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. - BERNAMA(Utusan online-politik).Posted by abnmulya at 11.50 am on June 09,2013

No comments:
Post a Comment