Monday, June 17, 2013

HAK KEAHLIAN NORZA DALAM UMNO DIKEMBALIKAN

MOHAMAD Norza Zakaria menunjukkan surat pelepasan penggantungannya sebagai ahli UMNO yang diterima daripada Ibu Pejabat UMNO pada sidang akhbar di Pusat Rekreasi Cheras, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN

KUALA LUMPUR 17 Jun - Jawatankuasa Pengurusan UMNO telah memutuskan untuk mengembalikan semula hak kelayakan Datuk Mohamad Norza Zakaria sebagai ahli parti berkuat kuasa 12 Jun lalu. 

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Syed Ali al-habshee berkata, keputusan itu dibuat setelah jawatankuasa tersebut bermesyuarat pada 29 Mei lalu selepas keahlian Mohamad Norza digantung empat tahun kerana dituduh terlibat politik wang. - UTUSAN ONLINE-politik(Posted by abnmulya at 1722 hrs on June 17,2013.

No comments: