![]() |
| Tuin Dr.Mahathir Mohamad |
Dr. Mahathir berkata, walaupun jawatan Presiden dan Timbalan Presiden wajar dipertandingkan di bawah amalan demokrasi tetapi orang Malaysia tidak begitu memahami fungsi demokrasi.
"Kalau kalah, mereka akan tarik diri dan tubuh parti lain dan memecahkan UMNO, saya setuju pertandingan diadakan tetapi kalau ada pertandingan, UMNO akan pecah dua.
"Malaysia sudah ada tiga parti Melayu, akan jadi empat (kalau UMNO pecah) dan lama-kelamaan akan pecah langsung. Sebab itulah saya tak sokong pertandingan.
"Jawatan lain dalam parti bolehlah dipertandingkan, tetapi jawatan di puncak tak payahlah bertanding,'' katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku The Prisoners' Diaries tulisan Puan Sri Norma Hashim di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE-Politik).Posted by abnmulya at 1640 hrs on june 17,2013.

No comments:
Post a Comment