Friday, July 5, 2013

Salah takrtif nilai demokrasi

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my
Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

KUALA LUMPUR 4 Julai - Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Tan Sri Dr. Rais Yatim menyifatkan pergolakan terbaharu di Mesir diakibatkan oleh nilai demokrasi yang telah disalah takrif dan disalah amal.

"Apa yang dibangkitkan oleh Arab Spring adalah asakan luaran menerusi suara media atas tindakan apa yang 'dianggap sah atau yang benar di sisi negara itu.

\"Berbeza dengan yang berkaitan Arab Spring, pergolakan di Mesir ini bukan terbit dari dalam tapi akibat asakan pengaruh luar serta nilai-nilai baharu yang bercanggah dengan aspirasi asas negara itu tadi," kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.


Mesir, kata beliau, adalah contoh terbaharu dan terdekat dengan negara ini di mana kepimpinan sesebuah negara yang sah, tidak diterima ekoran faktor psikologi yang meluas di pihak yang tidak terikat dengan undang-undang.

"Trend ini sangat bahaya. Soalnya sekarang Rusia yang mana walaupun wujud keadaan autokrasi dalam negara itu, namun tidaklah menjadi keadaannya seperti Mesir. Ini kerana faktor kedalaman (cintakan negara) yang kuat (dalam kalangan rakyat Rusia).

\"Tetapi kita negara-negara Islam tidak ada perkara ini. Jadi, senang sangat diperkotak-katikkan dengan nilai sosial media dan luaran asing," kata beliau.

Mengenai UIAM, Rais berkata, beliau mempunyai beberapa pandangan khusus mengenai masa depan universiti itu yang sejak 30 tahun lalu menjadi universiti perdana.

"Saya berpendapat UIA perlu menjadi pertama, institusi terbaik dalam perkara perbankan dan komersial Islam; kedua, universiti terbaik menerusi tamadun dan pembinaan tamadun dan ketiga, penasihat terbaik dalam hal ehwal produk halal dan akhirnya menjadi universiti penyelidikan ulung bagi dunia Islam," katanya. Kata beliau:

"Saya akan cuba berganding bahu dengan golongan cerdik pandai UIAM untuk menjayakan misi ini." Sementara itu, Utusan Malaysia difahamkan, Rais telah dilantik sebagai penasihat kerajaan bertaraf menteri berkaitan sosiobudaya untuk negara ini berkuat kuasa 1 Julai lalu.

\Menurut sumber, pelantikan itu memfokuskan bidang kerja Rais dalam menyampaikan serta menyediakan laporan yang dicadangkan kepada Perdana Menteri berhubung pentadbiran dan hal ehwal rakyat berhubung kebudayaan, kemasyarakatan dan keharmonian hidup di negara ini.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya / Haji Abu Bakar Ninggal.Blogspot.com at 12.29 am on July 06,2013.

No comments: