Oleh Mohd. Shariza Abdullah
utusankedah@utusan.com.my
Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, ini kerana tujuan pilihan raya diadakan adalah untuk memilih seorang wakil rakyat yang boleh berkhidmat kepada penduduk yang menetap dalam kawasan DUN atau Parlimen berkenaan.
"Keadaan ini mungkin SPR boleh melihatnya semula," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah 1435 peringkat negeri yang disempurnakan oleh Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Temenggung Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah di Dewan Seri Mentaloon, di sini hari ini.
Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau semalam, Pas mempertahankan kerusi itu dengan majoriti lebih rendah apabila calonnya, Mohd. Azam Abdul Samat, 37, memperoleh majoriti 1,084 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Dr. Ahmad Sohaimi Lazim, 52.
Faktor kemenangan Pas dilihat banyak disumbangkan oleh Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Besar apabila parti tersebut mendapat lebih 1,000 majoriti undi di situ.
Mukhriz berkata, beliau berasa hairan mengapa jumlah pengundi di kawasan Bukit Besar lebih ramai berbanding penduduk yang menetap di situ.
Beliau berkata, ini bermaksud amalan pondok agama boleh mendaftar pelajar dan keluarga mereka dari dahulu sampai sekarang meskipun sudah menetap di merata-rata tempat di seluruh negara.
"Jadi mereka ini bukan penduduk di situ. Malangnya mereka yang dianggap bukan penduduk di situ tetapi mengundi di situ menentukan siapa yang layak menjadi wakil rakyat bagi pihak penduduk yang menetap di kawasan berkenaan," katanya.
Dalam pada itu, Mukhriz berkata, secara keseluruhannya, keputusan di peringkat peti-peti undi bagi BN begitu memberangsangkan yang mana tempat pernah dimenangi parti berkenaan menunjukkan peningkatan manakala di tempat yang pernah kalah memperlihatkan majoriti Pas menurun.
Mengenai sokongan pengundi muda, beliau dimaklumkan bahawa ramai golongan itu yang bekerja di luar Sungai Limau tidak pulang mengundi antaranya disebabkan hari pengundian berlangsung pada hari berkerja.
"Ini mungkin antara faktor yang menyumbang kepada kekurangan undi di saluran empat dan lima kepada BN," katanya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1430 hrs on November 06,2013.

No comments:
Post a Comment