![]() |
Datuk A.Kadir Jasin sedang dikerumuni oleh para wartawan |
“Pas akan kuat dari segi pegangan bahawa ini PAS dan ini perjuangan Islam PAS,” kata Kadir yang juga merupakan Tokoh Wartawan Negara.
Ini kerana menurut Kadir, PAS sehingga kini berdiam diri dan gagal dengan pendirian mereka sebelum ini dalam menegakkan Islam dan melaksanakan hudud.
PAS perlu mengkaji semula kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat sekaligus membuat satu ketetapan berhubung arah tuju kerjasamanya dengan PKR dan DAP, kata Kadir dalam satu kenyataan pada Khamis.
“Kepemimpinan PAS perlu mengkaji dan membuat satu ketetapan arah tuju kerjasama PAS dengan parti-parti lain (PKR dan DAP). Sebab saya sendiri yakin bahawa ada orang PAS sendiri yang tidak suka dengan kerjaama PAS, khasnya DAP.
“Sebab dalam pakatan itu nampak falsafah perjuangan PAS, nampak idealogi PAS diketepikan atau tidak lagi ditonjolkan bukan kerana PAS tidak berpegang kepada ideologi berkenan tetapi kerana PAS berasa perlu untuk tidak menonjolkannya demi kerjasama dengan DAP dan PKR. Dan ini saya rasa merugikan PAS,"ujarnya.
Malah, menurut Kadir jika PAS tetap mahu meneruskan kerjasama dengan DAP dan PKR maka parti Islam itu perlu menanggung akibatnya di kemudian hari.
Justeru, PAS harus memikirkan semula apa yang dikehendaki parti itu dalam menjalinkan kerjasama dengan perikatan pembangkang itu.
“PAS harus memikirkan semula apa yang dikehendakinya adakah dia hendak kembali kepada perjuangan asalnya atau mengubah parti itu kerana hendak bekerjasama dengan DAP dan PKR.
“Kalau PAS masih bertegas mengatakan hidup atau mati mereka akan bekerjasama dengan DAP dan PKR saya rasa PAS akan membayar harga yang tinggi,” ujar Kadir.
Katanya lagi sekiranya PAS mengambil ketetapan untuk keluar daripada pakatan pembangkang itu sudah tentu ia akan menjadi parti Islam yang lebih kuat dari segi akidah dan perjuangan.
Bagaimanapun beliau berkata PAS perlu meyakinkan majoriti bahawa perjuangan parti itu dalam menegakkan Islam adalah perjuangan universal.
Sebelum ini, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib menegaskan parti itu perlu menilai penggunaan konsep Tahaluf Siyasi untuk bekerjasama dengan PKR dan DAP di dalam Pakatan Rakyat, selepas sokongan pengundi Melayu untuk PAS merosot pada PRU13 Mei lalu.
Harun juga akur PAS bukan lagi parti dominan di dalam Pakatan Rakyat dan menggesa ahli parti menerima hakikat bahawa “kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat adalah sangat lemah berbanding sebelum ini”.
Malah, beliau menegaskan kemerosotan sokongan Melayu untuk PAS pada PRU-13 memperlihatkan peluang “mustahil” bagi PAS untuk terus berkembang dan melaksanakan matlamat mendirikan sebuah negara berlandaskan Islam tanpa penilaian semula kerjasama dengan PKR dan DAP mengikut konsep Tahaluf Siyasi.-14/11/2013 (Dari Agenda Daily).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 12.15 am on November 18,2013.
No comments:
Post a Comment