![]() |
Abdukl Khalid Ibrahim |
Sebaliknya, beliau menyatakan akan mengadakan perbincangan mengenai perkara itu pada mesyuarat Exco dan seterusnya membuat kenyataan rasmi esok. Esok selepas mesyuarat Exco, saya akan beritahu (bincangkan) kepada semua ahli Exco mengenai perkara itu.
Kita akan jawab isu ini," katanya dalam sidang akhbar pengumuman barisan pemain pasukan Selangor bagi Liga Super 2014, di sini hari ini.
Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas arahan kerajaan negeri menerusi Pejabat Tanah dan Daerah Gombak mengenai penutupan pusat latihan kemahiran GiatMara di Taman Selayang Baru.
Difahamkan, arahan itu dibuat menerusi satu surat yang dikemukakan kerajaan negeri kepada pengurus pusat latihan di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) berkenaan yang bertarikh 2 Disember tahun lalu.
Malah, kerajaan negeri juga turut memberikan amaran akan mengambil tindakan terhadap pengurusan pusat latihan terbabit tanpa sebarang notis serta atau ganti rugi di bawah Kanun Tanah Negara 1965.( Utusan online- politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com at 1705 hrs on January 15,2014.
.jpg)
No comments:
Post a Comment