Wednesday, January 15, 2014

UMNO Selqangor akan pertahankan meskipun dfiarah tutup-Noh

TANJUNG KARANG 14 Jan. - UMNO Selangor akan mempertahankan kewujudan GiatMara Taman Selayang Baru meskipun telah diarah tutup oleh kerajaan pakatan pembangkang pada hujung tahun lalu.

Datuk Seri Noh Omar, Pengerusi
Badan Perhubunbgan Umno 

Negeri Selangor
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, kewujudan pusat latihan kemahiran itu adalah penting untuk anak bangsa Melayu yang tercicir untuk mendapat pendidikan dan kemahiran.

Katanya, ini adalah kali kedua kerajaan Selangor menutup pusat GiatMara di Selangor, sebelum ini pusat GiatMara di Merbau Berdarah, Sabak Bernam turut diarahkan tutup pada pertengahan tahun 2012.

“Inilah bezanya antara kerajaan Barisan Nasinal (BN) dengan pakatan rakyat, BN boleh bertolak ansur untuk membantu anak-anak bangsa yang tercicir untuk memberi mereka kemahiran.

“Malangnya, pakatan pembangkang pula menggunakan undang-undang untuk kepentingan mereka sendiri," katanya selepas menghadiri sambutan Maulidur Rasul peringkat Tanjung Karang, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pembangkang negeri, Datuk Mohd. Samsudin Lias dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Sulaiman Abdul Razak.

Noh berkata, dalam usaha untuk mempertahankan pusat latihan itu, UMNO Selangor akan membantu GiatMara memohon tapak yang diduduki itu untuk menjadi milik pusat berkenaan. “

Saya tahu tapak itu adalah milik kerajaan negeri dan bukan milik GiatMara, tetapi sebagai sebauh kerajaan prihatin dan mahu membangunkan modal insan, mereka sepatutnya boleh bertolak ansur seperti yang diamalkan oleh kerajaan BN sebelum ini," katanya.

Menurut sumber, satu surat daripada Pejabat Tanah dan Daerah Gombak telah dihantar kepada pengurus pusat latihan di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) berkenaan pada 2 Disember lalu yang menyatakan kerajaan negeri memberikan tempoh kepada pengurus pusat latihan itu untuk berpindah tanpa sebarang ganti rugi dan pampasan dalam tempoh 12 bulan bermula 9 Disember 2013 hingga 10 Disember 2014 atas alasan tanah seluas 11,396 kaki persegi yang diduduki pusat itu sejak 20 tahun lalu tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri.

Sementara itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Selangor, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim kerana akhirnya bertindak cerdik dan membuka mata selepas bersetuju membenarkan Kerajaan Pusat membina Loji Rawatan Air Langat 2.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1651 hrs on January 15,2014.

No comments: