Friday, February 21, 2014

Hukuman 7 Ma ini

Oleh SUWARNI MOKHTAR 
pengarang@utusan.com.my 

KARPAL Singh diiringi oleh isterinya, Gurmit Kaur ketika hadir bagi mendengar keputusan berhubung akta hasutan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur, semalam. 

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Pengerusi DAP, Karpal Singh didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan mengeluarkan kenyataan menghasut terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berhubung pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar, lima tahun lalu. 

Hakim Datuk Paduka Azman Abdullah memutuskan demikian selepas mendapati pembelaan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. 

Bagaimanapun, hukuman terhadap peguam berpengalaman itu hanya akan diketahui pada 7 Mac ini selepas peguam, Gobind Singh Deo yang mewakili bapanya itu memohon sedikit masa untuk menyediakan rayuan bagi meringankan hukuman termasuk dokumen sokongan seperti rekod kesihatan Karpal.

''Selepas meneliti pembelaan tertuduh dan saksinya dan meneliti semula keseluruhan keterangan yang ada termasuk penghakiman Mahkamah Rayuan bertarikh 20 Januari 2012 serta hujahan kedua-dua pihak, mahkamah dengan ini memutuskan bahawa pihak tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah.

''Dengan kata lain, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesnya tanpa sebarang keraguan munasabah. Mahkamah mendapati tertuduh bersalah dan disabitkan seperti mana pertuduhan ke atasnya,'' ujar Hakim Azman.

Sebaik sahaja selesai hakim tersebut membacakan penghakiman ringkasnya, galeri awam yang dipenuhi penyokong Karpal dan juga beberapa pemimpin pembangkang seperti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Dr. Wan Azizah Wan Ismail dilihat tergamam dan hanya mendiamkan diri. 

Yang turut memberikan reaksi sama ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Selain Gobind, Karpal, 74, turut diwakili peguam-peguam bela yang juga anak-anaknya, Sangeet Kaur Deo dan Ramkarpal Singh.

Turut mengiringi Karpal ialah isterinya, Gurmit Singh dan seorang lagi anaknya iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar Desa dan Perumahan Negeri Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo.

Pendakwaan pula dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin dan Azlina Rasid.

Pada 17 Mac 2009, Karpal mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyebut kata-kata hasutan membabitkan Sultan Perak pada satu sidang akhbar antara pukul 12 dan 12.30 tengah hari, 6 Februari 2009 di pejabatnya, Tetuan Karpal Singh & Co, No.67, Jalan Pudu Lama, Dang Wangi, di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Pada 11 Jun 2010, Karpal dilepas dan dibebaskan oleh Hakim Azman daripada pertuduhan tersebut tanpa memanggilnya membela diri selepas mendapati kenyataan akhbar yang dibuat ahli politik veteran itu termaktub di bawah pengecualian Seksyen 3(2)(a) Akta Hasutan.

Sepanjang perbicaraan yang bermula pada 12 Ogos 2009, seramai 20 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan termasuk beberapa wartawan media cetak dan elektronik, wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Perak dan Gagasan Melayu Perak serta anggota polis dari Kuala Kangsar, Perak. 

Namun pada 20 Januari 2012, Mahkamah Rayuan memerintahkan Karpal dipanggil membela diri selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Ahmad Maarop yang bersidang bersama Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Alasan lain ialah Mahkamah Rayuan berpendapat bahawa perkataan-perkataan yang diucapkan oleh peguam tersebut mempunyai kecenderungan menghasut dan menimbulkan perasaan tidak puas hati dan kebencian rakyat terhadap Sultan Perak.

Hal demikian disebabkan perkataan-perkataan itu cenderung untuk merendah-rendahkan Sultan Perak dengan mempertikaikan kuasa prerogratif (hak istimewa) baginda yang termaktub di bawah perlembagaan. 

Pada peringkat bela diri yang mengambil masa tujuh hari bermula 2 November 2012, selain Karpal yang memberi keterangan secara bersumpah, pihak pembelaan hanya memanggil seorang saksi iaitu S. Baradidathan yang merupakan Setiausaha Agung Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas).(Utusan online-Mahkamah dan Jenayah).Posted by abnmulya/Bakar Ninggal.blogspot.com.at 10.02 am on Februarfy 22,2014.

No comments: