Friday, February 21, 2014

Mei Fun calon Barisan Nasional

Oleh Mohd. Shariza Abdullah, 
Maisara Sheikh Rahim dan 
Mohd. Asron Mustapha 

MUHYIDDIN Yassin mengumumkan Chew Mei Fun (tengah) sebagai calon BN bagi Pilihan Raya Kecil DUN Kajang di Menara Dato’ Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam. 

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan Naib Presiden MCA, Datuk Chew Mei Fun bagi merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu pada 23 Mac ini.
Bekas Timbalan Menteri wanita Mei Fun,50
dari MCA diangkat oleh Barisan Nasional
menentang Anwar Ibrahim di ( PRK)Kajang,
pada Mac 23,2014.

Pemilihan Mei Fun, 50, yang juga bekas Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat diumumkan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang akhbar mengenai PRK berkenaan di Menara Datuk Onn di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, Mei Fun merupakan calon paling sesuai untuk menggalas cabaran BN di kerusi itu berdasarkan kewibawaan dan pengalamannya termasuk pernah berkhidmat dalam kerajaan.

Beliau berkata, BN yakin Mei Fun yang juga bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dapat memberi sepenuh tumpuan dan masa untuk membela nasib pengundi di DUN Kajang jika diberi kepercayaan menjadi wakil rakyat di situ.

"Tradisi BN adalah membela rakyat dan memberi perkhidmatan sepanjang masa. Kita yakin calon yang dipilih ini adalah paling sesuai untuk bertanding di DUN Kajang," katanya.

Yang turut hadir, pemimpin parti komponen BN termasuk Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan timbalannya, Datuk Dr. Wee Ka Siong; Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong; Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel; Presiden PPP, Datuk Seri M. Kayveas serta Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Parti rakan BN seperti Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan yang sebelum ini menawarkan diri untuk bertanding mewakili parti itu turut hadir.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, pucuk kepemimpinan BN mengadakan beberapa siri perbincangan terutama dengan MCA dan mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak termasuk pengundi di Kajang yang berpendapat parti berkenaan harus bertanding di kerusi itu.

Beliau berkata, meskipun pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu BN kalah dengan majoriti lebih 6,000 undi di situ namun parti tersebut memutuskan untuk meletakkan calon yang dikemukakan oleh MCA.

Kata beliau, dalam sistem demokrasi di negara ini dan sebagai sebuah parti berwibawa, BN menawarkan peluang kepada pengundi di DUN Kajang untuk membuat pilihan apabila berlaku kekosongan kerusi.

"BN bertanding untuk mencapai kemenangan walaupun mengetahui bakal menghadapi tentangan hebat.

"Kita anggap ini satu peluang dan ruang untuk BN menawarkan seorang calon yang berwibawa dalam menawarkan khidmat kita walaupun ada pelbagai pendapat sama ada wajar bertanding atau tidak," katanya. 

Dalam pada itu, Muhyiddin menafikan BN mengambil masa untuk mengumumkan calonnya kerana amalan biasa parti itu untuk berbuat demikian adalah dua hari sebelum tarikh penamaan calon ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, pengumuman calon BN pada hari ini iaitu kira-kira dua minggu sebelum hari penamaan calon PRK DUN Kajang adalah tempoh masa yang sesuai selepas mengutip pelbagai input.

Ditanya apakah BN mempunyai ‘senjata istimewa’ dalam PRK kali ini, beliau berkata, apa lebih penting adalah parti itu mengatur strategi kerana menyedari mungkin pihak pembangkang atau siapa sahaja bertanding akan menggunakan kesempatan platform PRK Kajang untuk melakukan pelbagai perkara terhadap BN.

"Jika BN tidak bertanding, mungkin semasa berkempen nanti pelbagai isu dibangkitkan yang dikaitkan dengan BN, siapa hendak jawab.

"Setidak-tidaknya ini adalah peluang yang baik untuk menggunakan PRK ini sebagai platform membuat penjelasan. Tidaklah pengundi disogok dengan maklumat satu pihak sahaja," ujarnya.

Tambah beliau, pencalonan wakil MCA juga merupakan satu kesempatan yang baik untuk melihat penerimaan terhadap kepemimpinan baharu parti itu walaupun bukan ujian mutlak.

Ditanya mengenai peluang BN, Muhyiddin berkata, parti itu masuk bertanding PRK DUN Kajang untuk menang dan mengetahui berdepan ujian besar.


Mengenai calon pakatan pembangkang iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata, pihaknya menerima maklumat bahawa tidak semua perkara menyebelahi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

"Ada fakta jelas yang menunjukkan dalam kalangan pakatan pembangkang, ada elemen yang tidak secocok dengan hasrat Anwar untuk bertanding.

"Sama ada itu akan membantu kita mendapat jumlah undi, wallahualam. Tetapi kita akan bekerja keras untuk dapatkan undi.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 9.42 am on February 22,2014.

 

No comments: