Tuesday, February 18, 2014

Jangan pandang rendah MCA-Kok Chung

KOTA BHARU 18 Feb. - Pelbagai pihak terutama pembangkang diingatkan supaya tidak memandang rendah keupayaan MCA untuk merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dalam pilihan raya kecil akan datang.

Naib Presiden parti itu, Datuk Hou Kok Chung berkata, walaupun belum diumumkan secara rasmi, beliau yakin calon daripada MCA bakal dipilih mewakili Barisan Nasional (BN) memandangkan DUN Kajang sebelum ini memang diperuntukkan kepada pihaknya.

"Jangan pandang rendah kekuatan MCA kerana kami tidak pernah berputus asa. Malah sebelum ini, apa sahaja keputusan pilihan raya, kami terus bekerja untuk rakyat kerana semangat ini sentiasa ada dalam diri setiap ahli parti.

"Untuk PRK DUN Kajang, kami akan menggerakkan semua jentera parti di seluruh negara dan cuba berjuang berhabis-habisan. kami serius dalam hal ini," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Badan Perhubungan MCA Kelantan Bersama Media, semalam.

Difahamkan, dua nama yang disenarai pendek oleh MCA untuk dipertimbangkan sebagai calon BN ialah Naib Presiden parti itu, Datuk Chew Mei Fun dan Ketua Pergerakan Pemuda, Chong Sin Woon selain nama Timbalan Presiden, Datuk Dr. Wee Ka Siong juga disebut-sebut.

Ditanya pendapat bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad bahawa BN mempunyai peluang 50-50 dalam PRK DUN Kajang, Kok Chung yang juga Pengerusi Perhubungan MCA negeri berkata, MCA sememangnya mempunyai peluang.

Katanya, situasi sekarang sudah banyak berubah, malah tinjauan pihaknya mendapati ramai pengundi di Kajang merasakan PRK tidak sepatutnya berlaku memandangkan isu utama, iaitu konflik dalaman yang dikatakan mahu memberi peluang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor agak aneh.

"Sekarang calon belum diumumkan, namun buat masa ini, perkara paling penting adalah memenangi hati rakyat. "Kita pernah kalah, namun kekuatan kita masih kukuh dan kini, kita ada barisan pemimpin baharu yang secara tidak langsung memberi lebih keyakinan kepada rakyat Kajang khasnya pengundi Cina," katanya.( Utusan online-politik).Posted  by abnmulya.blogspot.com at 10.06 am an February 19,2014.

No comments: