utusansabah@utusan.com.my
KOTA KINABALU 2 Feb. - Tindakan tegas perlu diambil terhadap sesiapa sahaja yang mempersendakan kredibiliti pasukan keselamatan negara tanpa sebarang pengecualian termasuk Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung video sindiran sempena sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini yang mencetuskan rasa tidak puas hati banyak pihak terutamanya rakyat Sabah.
.jpg)
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal ( gambar) yang begitu kecewa dengan sikap tidak wajar Ahli Parlimen itu menegaskan bahawa apa yang berlaku di Sabah terutama dalam kes pencerobohan Lahad Datu pada awal tahun lalu tidak sepatutnya dipersendakan dengan sewenang-wenangnya.
Menurutnya, rakyat Sabah mempunyai perasaan yang begitu mendalam terhadap insiden pencerobohan kumpulan pengganas Kiram itu dan mereka amat menyanjung tinggi pengorbanan pasukan keselamatan yang datang dari Semenanjung, Sarawak dan Sabah yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan kedaulatan negara.
Jangan perkecilkan pasukan keselamatan, jangan mempersendakan negeri Sabah. Isu keselamatan negara amat penting.
"Saya yang turut mewakili rakyat Sabah berharap agar tindakan tegas diambil terhadap individu yang ternyata amat tidak bertanggungjawab ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parti LDP, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin bersama isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni; Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan pimpinan parti-parti komponen Barisan Nasional serta masyarakat setempat.
Mohd. Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengulas mengenai video berdurasi hampir 12 minit disiarkan di YouTube itu yang memaparkan Teresa selaku moderator bersama tiga tetamu undangan.
Video itu antara lain memperlihatkan barisan tetamu undangan berkenaan mengeluarkan kenyataan menyindir beberapa perkara, termasuk sistem pendidikan negara dan isu keganasan di Sabah.
Sindiran-sindiran lain didakwa turut ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Malah, seorang tetamu dikenali Master Yan Yan yang ditanya tentang Tahun Melawat Malaysia 2014 mengutuk Sabah dengan kenyataan berikut: But then, you can travel to Sabah, where you get to see pirates, with a bonus show of kidnapping and scenes of open fire."
(Anda boleh melancong ke Sabah, di mana anda boleh melihat lanun, dengan pertunjukan bonus penculikan dan babak tembakan).
Tambah Mohd. Shafie, sepatutnya Teresa sebagai seorang pemimpin masyarakat tidak wajar menyentuh perkara sensitif yang boleh meruntuhkan perpaduan negara yang telah bersatu dalam segenap perkara walaupun mempunyai perbezaan kaum, agama dan politik.
Sepatutnya menjadi tanggungjawab pemimpin untuk menyubur dan meningkatkan perpaduan kerana apa yang dinikmati pada masa ini adalah penting untuk bekalan anak-anak dan generasi akan datang," katanya.(Utusan online-Dalam Negeri).Posted by abnmulya at 11.23 am on February 03,2014.
No comments:
Post a Comment