Sunday, February 23, 2014

'TMJ CALON TERBAIK'

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
Sukan @ utrusan.com.my
Tunku Ismail Sultan 
KUALA LUMPUR - Presiden Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim disifatkan sebagai antara calon terbaik untuk mengisi jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) apabila mesyuarat pemilihan badan induk bola sepak itu berlangsung 25 Mei.

Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menyifatkan Tunku Ismail sebagai individu yang komited dan terlibat secara langsung dalam aktiviti sukan itu untuk melayakkannya dipilih bagi menerajui kepimpinan bola sepak negara ini.

Selain Tunku Ismail, beliau juga percaya jawatan itu boleh diisi oleh Presiden Bolasepak Sabah (Sabah FA), Datuk Seri Musa Aman; Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan; Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Datuk Sudarsono Osman dan Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Datuk Astaman Abdul Aziz.

“Saya fikir presiden bola sepak Johor (Tunku Ismail) boleh, presiden bola sepak Sabah, Negeri Sembilan boleh... mereka komited. Johor memang komited kerana terlibat secara langsung dalam bola sepak. “

Saya tidak boleh bertanding sebab saya masih digantung sampai Oktober ini, kalau pemilihan bulan enam atau bulan tujuh pun, saya boleh tengok sahaja," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran jersi The Red Warriors untuk kejohanan Piala AFC di sini semalam.

Annuar berkata, jawatan Presiden FAM merupakan jawatan yang dipertandingkan tetapi ramai calon yang takut untuk menawarkan diri sebaliknya lebih suka bercakap di belakang apabila seseorang individu itu gagal berkhidmat dengan baik.

Beliau berkata, sekiranya terdapat calon yang berpotensi, mereka perlu diketengahkan untuk membantu melonjakkan bola sepak negara ini ke tahap lebih baik.

Saya berharap badan gabungan ada keberanian, tidak memadai kita mengeluh sepanjang masa.

Kita bercakap sudah lama, banyak yang sudah kita lalui tetapi sekiranya pemilihan kali ini sama macam sebelum ini maka tidak akan ada perubahan juga.

“Presiden FAM (Sultan Ahmad Shah) sudah banyak memberikan sumbangan kepada bola sepak tanah air tetapi bola sepak memerlukan anjakan dan saya rasa baginda bersedia untuk membuka laluan kepada calon-calon baharu untuk jawatan itu. “

Secara peribadi saya berharap akan ada perubahan secara dinamik dalam bola sepak tanah air kita kerana pada waktu ini kedudukan Malaysia di tangga ke-160 adalah tidak sesuai, kita perlu berada sekurang-kurangnya dalam kelompok 100 pasukan terbaik dunia," katanya.

Dalam perkembangan lain, Annuar menyasarkan Kelantan sekurang-kurangnya dapat menempatkan diri ke pusingan suku akhir Piala AFC. (Utusan online-Sukan temepatan).Posted by abnmulya.blogspot.com.at 9.35 am on February 24,2014.

No comments: