SHAH ALAM 11 Feb. - Tindakan Pas menawarkan kawalan keselamatan kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menerusi sukarelawan dari Unit Amalnya jelas menunjukkan parti itu rela menjadi 'pak sanggup' kepada DAP.
Presiden Kelab Warisan Malaysia (Keris), Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, perkara itu juga memperlihatkan Pas terlalu bergantung kepada DAP untuk memastikan kelangsungan politiknya.
"Apa yang ditawarkan oleh Pas itu tidak salah di sisi undang-undang, namun dari sudut politik memperlihatkan pergantungan Pas kepada DAP.
"Saya tertanya-tanya sama ada DAP akan bermati-matian mempertahankan Pas jika berlaku perkara sama," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kesediaan Pas menyediakan pengawal peribadi untuk melindungi Teresa yang mendakwa menerima ancaman berikutan klip video, ONEderful Malaysia CNY 2014.
Lim Guan Eng yang jawatan Setiausaha Agung DAP belum disahkan baru-baru ini dilaporkan berkata, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu bersetuju untuk menggerakkan sukarelawan Unit Amal Pas sebagai pengawal peribadi kepada Teresa.
Teresa menerima kecaman pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mewakili kaum Cina kerana menghasilkan klip video selama 11 minit 39 saat yang turut memuatkan sindiran dan fitnah berhubung krisis keselamatan di Sabah serta mengaitkannya dengan isu diplomatik yang berlaku antara Malaysia dan Filipina.
Mohd. Khairul Azam memberitahu, Teresa seharusnya menerima hakikat bahawa diri sendiri menjadi punca berlaku ancaman sedemikian.
"Teresa tidak sepatutnya memperbesar-besarkan perkara tersebut semata-mata mahu meraih sokongan politik," katanya.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal. blogspot.com.at February 12,2014 on 10.32 am ,
No comments:
Post a Comment