Tuesday, February 18, 2014

Yingluck bakal didakwa

BANGKOK 18 Feb. - Suruhanjaya Antirasuah Nasional Thailand (NACC), hari ini membuat keputusan untuk mendakwa Perdana Menteri, Yiingluck Shinawatra berhubung peranannya dalam kegagalan skim subsidi harga beras.

Jurucakap NACC, Vicha Mahakul berkata, panel suruhanjaya itu meminta beliau hadir di mahkamah untuk didakwa pada 27 Februari ini.

Keputusan untuk mendakwa Perdana Menteri Thailand itu dibuat selepas panel tersebut merumuskan Yingluck sebagai Presiden Jawatankuasa Polisi Beras Nasional bersalah apabila gagal menghentikan skim yang dibelenggu penyelewengan dan tidak membawa keuntungan.

Polisi subsidi harga beras tersebut merupakan antara polisi yang dibawa oleh Parti Pheu Thai pimpinan Yingluck yang membolehkan beliau menang pada pilihan raya umum Thailand pada 2011.

Skim tersebut yang memberi jaminan kepada petani bahawa harga beras mengatasi harga pasaran, menjadi pencetus kemarahan penunjuk perasaan antikerajaan yang mendakwa ia menggalakkan penyelewengan, menyusutkan kewangan negara dan menyebabkan bekalan beras tinggi tidak dapat dijual.

 Seorang pakar undang-undang, Verapat Pariyawong berkata, Yingluck boleh dipecat jika didapati bersalahdalam kes tersebut. - DPA(Utusan on line-Luar Negara).Posted by abnmulya .blogspot.com at 10.37 asm on February19,2014

No comments: