Oleh TERMIZI CHE ANUAR
pengarang@utusan.com.my
Azwanddin Hamzah (tengah) bersama ahli-ahli menunjukkan laporan polis mengenai kenyataan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ROY AZIS ABD AZIZ
KUALA LUMPUR 12 Mac - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hari ini membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang didakwa memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui akaun Twitter@tianchua pada 7 Mac lalu.
Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, dalam akaun Twitternya, Tian Chua mendakwa kononnya hukuman penjara lima tahun terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan oleh Najib.
Tegas beliau, semua rakyat sedar bahawa hukuman itu diputuskan oleh mahkamah melalui proses pengadilan yang amat panjang.
"Semua ini jelas, Tian Chua sengaja melakukan fitnah terhadap Perdana Menteri dan pada masa sama menghasut rakyat untuk menjatuhkan Najib dalam tempoh lima bulan.
"JMM berharap polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dapat bertindak tegas terhadap Tian Chua yang tidak pernah serik melakukan fitnah terhadap Perdana Menteri dan kerajaan," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan itu di sini hari ini.
Azwanddin juga memberitahu, JMM melahirkan kebimbangan dengan keadaan semasa kerana pemimpin politik termasuk Tian Chua, berani melakukan fitnah dan menghasut rakyat secara terbuka.
Katanya, kerajaan melalui KDN sepatutnya bertindak tegas dalam menangani isu seperti itu kerana laporan polis sudah dibuat.
"Sekiranya dibiarkan lebih lama, saya bimbang keadaan tidak lagi boleh dikawal dan terlambat. Jangan biar nasi menjadi bubur baru hendak bertindak," katanya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya. blogspot. com.at 1.17 am on March 14,2014.
No comments:
Post a Comment