Thursday, March 13, 2014

SATELIT KESAN ISYARAT DARIPADA PESAWAT MAS MH370

WASHINGTON 14 Mac - Satelit mengesan isyarat daripada pesawat Malaysia Airlines selepas hilang Sabtu lalu, namun tanda tersebut tidak memberi maklumat mengenai lokasi atau arahnya, kata dua sumber rapat dalam siasatan tersebut semalam.

Bunyi `ping’ itu menunjukkan sistem penyelesai masalahnya dihidupkan dan bersedia untuk berkomunikasi dengan satelit dan bermakna pesawat membawa 239 orang tersebut sekurang-kurangnya mampu berkomunikasi selepas hilang daripada radar pusat kawalan trafik udara.

Sumber itu berkata, sistem itu mengeluarkan bunyi ping kira-kira sekali dalam tempoh sejam. Bagaimanapun, bunyi itu tidak menunjukkan pesawat berada di udara atau di darat. - Reuters (Utusan online-Luar Negara).Posted by abnmulya.blogspot.com.at 10.37 am on March 14,2014.

No comments: