![]() |
Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak |
Namun, pada masa yang sama, katanya, kerajaan menerusi Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) sedia mendengar dan meneliti sebarang masalah atau isu-isu berbangkit daripada pihak syarikat penerbangan tambang murah itu.
Kalau mereka buat kenyataan enggan berpindah, itu bunyinya seperti kenyataan yang sombong. Tetapi kalau mereka sebut ada sebab untuk keberatan berpindah dan ingin berunding dengan kerajaan, saya fikir cara seperti itu lebih sesuai.
Sebagai sebuah kerajaan, kita akan teliti kalau mereka ada masalah. Tetapi apa yang saya ingin tekankan ialah berdialog dengan kerajaan menerusi MAHB.
"Sepatutnya kalau ada masalah, dari dulu sudah dibangkitkan. Sekarang projek itu (klia2) sudah siap, tidak boleh kata tidak mahu berpindah. Mereka perlu berpindah," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.
Perdana Menteri diminta mengulas kenyataan Kumpulan AirAsia sebelum ini yang memutuskan akan terus beroperasi di LCCT walaupun bersedia berpindah ke klia2 tetapi perpindahan tersebut hanya setelah semua isu berbangkit diselesaikan.
AirAsia juga memetik laporan firma pemeriksa Ikram Premier Consulting yang mendedahkan wujud mendapan di landasan dan laluan serta tempat meletak pesawat di klia2 yang memerlukan langkah-langkah pemulihan.
Syarikat penerbangan tambang murah itu mendakwa, mendapan itu akan mengganggu operasi had penerbangan seperti AirAsia yang mengendalikan kira-kira 400 pergerakan pesawat sehari dan memiliki sekurang-kurangnya 70 pesawat di LCCT.
Semalam, Pengurus Besar Kanan (Operasi) MAHB, Datuk Azmi Murad dalam kenyataannya kepada Utusan Malaysia, menafikan dakwaan landasan klia2 tidak selamat digunakan, sebaliknya ia diperakui oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) sebagai boleh digunakan.
Sehubungan itu, katanya, MAHB tetap akan menutup operasi LCCT pada 9 Mei ini, seperti yang ditetapkan oleh kerajaan.
Najib yang mengakhiri lawatan rasmi tiga hari ke Vietnam hari ini berkata, berhubung isu kos operasi yang lebih tinggi di klia2 berbanding LCCT, perkara itu sepatutnya dirundingkan lebih awal, bukannya pada peringkat terminal baru itu hampir siap dan dibuka tidak lama lagi.
Kerajaan juga sudah mengambil langkah memastikan soal keselamatan adalah perkara utama dan tidak berbangkit mengenai aspek berkenaan.
Mengenai mendapan, Kementerian Pengangkutan telah melantik perunding bebas yang sudah pun membuat perakuan secara objektif, oleh itu semua pihak sepatutnya menerimanya," katanya. - Mingguan Malaysia online-).Posted by abnmulya /Bakar NInggal. blogspot. com.at10.57 am on April 6,2014.
No comments:
Post a Comment